Tuesday 8 May 2012

Pergi Over The Sea...

Posted by Hajar Ishak
Last weekend, bawak si kecik irfan jalan jalan oversea..hehehe..seberang pulau ja kot..ke pulau jerejak ja sebenarnya. Sebab aku dah beli groupon voucher for 1 night stay dekat Jerejak Resort and Spa dah tarikh akhir kena guna voucher adalah by june 2012, kami pun meluangkan masa dah diri untuk kesana. Sekali sekala bercuti, tenangkan jiwa, ok la kan?
Kami bertolak lepas solat zohor, singgah Mc Donalds Sungai Dua kejap untuk beli makanan petang sebagai bekal, dari review yang aku baca, memang outside food not allowed. Tapi kalau dah sampai kat pulau tu, mesti tak banyak pilihan gerai makan, sebab pulau jerejak ni kecik ja. So, kami decide untuk beli dah sorok dalam beg baju.
Sampai kat jeti, tunggu sekejap ja, bot dah sampai, this is the first time si kecik irfan naik bot, makanya, dia sedikit gementar..umi pun gementar jugak..so, tak boleh nak amik gambar sebab dia sibuk nak peluk umi dengan abah. Dalam 10-15 minit naik bot, kami sampai ke jeti pulau jerejak, jalan nak ke resort agak jauh, berpeluh ketiak jugak la, dengan nak kena kendong irfan lagi. Menyesal tak bawak stroller. Proses Check In agak effisyen, cepat dan mudah, kena bayar refundable deposit RM50. Dapat welcome drink, tapi kena jalan sendiri pi minum kat cafe Santapan.
Irfan fokus pada straw welcome drink tu

Kami dapat bilik tingkat 1, so kena memanjat tangga untuk ke bilik.
Area lobi tingkat bawah

Bilik agak selesa keluasan nya, tapi curtain dan blanket sedikit berhabuk, sampai aku nak kena selsema di buatnya. Bila check kat Bathroom, ada 1 ja towel bersih. Kami ada call mintak lagi 1 towel tapi tak di hantar,sampai ke esokkan hari pun, towel tu tak sampai sampai jugak.
Model tilam
 
Lepas makan bekalan, Irfan dgn abah irfan tido, umi bosan sorang sorang, jenguk kat luar tingkap nampak ada wall climbing punya facilities. Pulau Jerejak ni sesuai untuk orang yang suka aktiviti outdoor sebab ada jungle trekking, cycling, wall climbing, jambatan gantung dan aktiviti2 lain. Memang sesuai untuk team building. Boleh juga jalan jalan melawat historical building tapi kena ada minimum 5 orang untuk pi, so, family kami tak layak ler. Lepas Irfan bangun, kami keluar jalan-jalan dan melawat kawasan.
Naik jongkang jongket dengan muka baru bangun tido
Posed kat gelongsor, naik main tak reti lagi.
Refleksiologi Walk
Sunset, tapi ada awan lindung matahari
Sunset baby
The pool

Lepas maghrib, kami jalan jalan cari dinner, dinner kat resort ni memang tak banyak pilihan, tapi sebab lapar, kami makan jugak kat situ. Sajian dinner adalah secara buffet, Bila dibanding kan menu dan harga, memang sedikit mahal. Menu buffet yang kos nya RM38 sorang :
  1. Nasi
  2. Keow teow goreng yang plain
  3. Ayam masak kicap pedas
  4. Daging kambing masak rempah
  5. Taugeh goreng
  6. Spageti (yang keras)'
  7. Sausage
  8. Apple ijau campur mayonis
  9. Dessert - beberapa jenis agar agar yang simple
  10. Minuman 

Malamnya tak ada aktiviti, just jalan jalan dan lepak lepak.
Lepak tepi swimming pool

Esok harinya, kami turun breakfast around 9 pagi. Pilihan buffet breakfast adalagh lebih banyak dari pilihan buffet dinner yer. Tapi sebab breakfast ni complimentary sekali dengan pakej groupon, kami tak perlu bayar extra charges la.

Lepas makan, bawak irfan jalan2 sikit, masuk kids room. Tengok mainan macam takut nak bagi irfan main, di ragui kebersihannya..hehehe..
Pukul 1130 kami check out, dan pkul 1230 naik bot balik ke Pulau Pinang dari Pulau Jerejak.
Penumpang tunggu bot.
Si kecik tido dalam bot on the way nak balik.

Itu lah saja perjalanan oversea kami. Gambar sedikit tak berkualiti atas alasan bukan DSLR dan photographer nya tidak bertauliah.


0 comments on "Pergi Over The Sea..."

Post a Comment

 

My Little Pink Book Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal