Thursday 30 August 2012

The Beach

Posted by Hajar Ishak 0 comments
Kalau ikut plan asal, kami nak ke Pulau Pangkor untuk habiskan Aidilfitri punya holiday. Tapi sebab kereta masih kat klinik, kena cancelled cuti-cuti malaysia ke Pulau Pangkor.
Lagi pulak mak aku duk buat pesanan macam-macam kalau kami pi Pulau Pangkor tu, risau sangat dekat cucu dia, takut kami rendam lama sangat dalam air laut dan takut cucu dia berjemur tengah panas kat Pangkor tu. Bila kami tak jadi ke Pulau Pangkor, mak aku la orang yang paling bahagia.
Tapi sebab dah niat di hati nak kenalkan irfan dengan pantai, kami pun bawak gak dia ke Batu Feringghi. Ambik satu studio suite kat Rainbow Paradise Beach Resort. Siang lepak dekat pantai dan malamnya jalan-jalan ke Batu Feringghi Night Market.
Dia ni semua benda nak gigit tau..
Sebab this is Irfan's first time jumpa dengan pantai, dia tersangat la takut.
Alahaii hero ummi, nak berpeluk ja dengan abah dia. Dia takut bila dengar bunyi ombak. Lansung tak dapat rendam dia dalam air laut. Jalan atas pasir pantai pun dia tak nak. So, mesti ada next visit ke pantai sebab aku tak nak la anak aku takut laut. Nanti tak macho!
Macam anak kanggaroo kan?
Si dia yang takut
Sebab Irfan memang sungguh- sungguh tak nak berendam dalam air laut, kami pun bawak la dia ke swimming pool. Dekat situ boleh pulak dia berendam, siap tak mau naik lagi bila aku angkat dia dari pool tu. Kami come to conclusion, bahawasanya yang mengerikan anak aku adalah bunyi ombak, kalau dia dah biasa dengar mungkin dia dah tak takut. Abah Irfan pulak kept saying yang anak ni mengikut jejak langkah mak dia yang takut laut. Hopefully tak la, aku nak anak aku pandai berenang kat laut macam abah dia...soob..soob..
Muka berlagak sebab dapat main air

Monday 27 August 2012

Aidilfitri Kami

Posted by Hajar Ishak 0 comments
Post ni macam sedikit terlewat, tapi sebab masih dalam bulan Syawal lagi, kira masih boleh di terima la kan?
Hari raya 2012 = My 29th birthday, hurrrmmmm..terasa sedikit berumur di situ..bukan tua yer, berumur ja. Sebab jatuh pada hari raya, birthday gift pun dapat lambat sikit, tapi tak pa, biar lambat asalkan dapat jugak..hehe..                  Hari raya tahun ni ada dugaan untuk kami, tapi aku redha, mungkin memang bukan rezeki kami, kereta kesayangan buat hal pada hari raya pertama, tak dapat kami ke Kelantan untuk beraya dengan kaum kerabat sebelah mak mertua aku.
Kereta kecil sedang di tunda
Sibuk sangat beraya sampai tak sempat ambil gambar satu family, yang ada cuma gambar irfan dan abah irfan ja, ummi sedikit syahdu bila terkenangkan nasib tak sempat bergambar dengan baju raya. Tunggu aidiladha pulak la kot.
Irfan dah Abah

Irfan dan Tok Wan

Irfan dan Kerusi
Irfan dan Ummi (Irfan muka confused sebab guna front facing camera)
Irfan dan Sepupu sebelah family abah, the pink team!

Tapi tetap rasa seronok sebab dapat berziarah ke banyak rumah tahun ni berbanding tahun lepas. Cuti raya pun dah habis, aku dah masuk kerja balik, tapi kereta masih di workshop, moga cepat sembuh hendaknya..

Friday 24 August 2012

Botanical Garden Walk

Posted by Hajar Ishak 0 comments

Sempena cuti raya yang masih ada lagi 3 hari, kami pun memerah otak berfikir macam mana nak penuhkan aktiviti cuti lepas beraya sakan selama 5 hari. We decided to take Irfan berjalan melawat negeri sendiri. Kami bawak Irfan ke Botanical Garden Penang a.k.a Waterfall (orang kampung aku yang panggil ni). Kat situ banyak monyet berkeliaran tapi kuantiti monyet nampak macam berkurangan dari masa aku kecik kecik dulu. Kawasan taman tenang dan nyaman sebab banyak pokok. Ramai orang jogging kat situ sebab kawasan tu memang tak berapa panas. Jom layan gambar bercerita..
Budak kecik heran tengok monyet

Depan Botanical Garden


Si kecil yang seronok!

Rapid Penang no 10 dari Jetty ke Botanical Garden

Jualan pokok

Kedai dalam taman


Ada kereta panjang untuk pusing pusing


Pintu masuk Botanical Garden

Budak kena paksa posed

Friday 17 August 2012

Salam Aidil Fitri..

Posted by Hajar Ishak 0 comments
Pejam celik, ramadhan dah nak tinggalkan kita, rasa seram sejuk bila terasa takut tak dapat berjumpa bulan ramadhan tahun depan. Moga kita semua di beri kesempatan lagi tahun depan.Raya pun dah dekat sangat, dan terasa sunyi di opis sebab semua orang dah bercuti .
Tahun ni giliran beraya di Teluk Kumbar..yeaaaaaa..tapi mungkin tak dapat jumpa kakak aku sebab tahun ni giliran dia beraya di KL. So, minggu kedua raya, kami akan serang rumah dia di KL nun..hehehe..
Dengan Ingatan Tulus Ikhlas, kami sekeluarga mengucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin..
Family picture - raya tahun lepas (maafkan kain pink abah irfan, sebab seluar dia dah ter burn terkena seterika)

Tuesday 14 August 2012

Mencuba sesuatu yang baru

Posted by Hajar Ishak 0 comments
Haaaaissshhhhh, lama betul tak update blog. Sekarang aku ada hobi baru yang buat aku tidur lewat tiap-tiap malam sebab melayan hobi. Hobi baru itu ialah......MENJAHIT!
Mungkin terpengaruh dek ibu khalish yang duk tayang mesin jahit cap Singer dia kat blog , aku pun teruja nak ikut menjahit sama. Yes, aku sangat mudah terpengaruh yer. Tapi pengaruh yg baik - baik la.
Projek pertama dah siap, aku buat baju kurung untuk anak officemate aku, tapi jahitan tak betul-betul kemas lagi, kena improve banyak benda lagi next time. Harapnya anak dia happy pakai baju tu.


Baju kurung in the making


Next project adalah pijama untuk si kecik Irfan. Dan ini hasilnya..taaadaaaaaaaaaaaa....

Model baju tidur

Model berdiri pulak, muka mamai baru bangun tidur
Cara-cara jahit pijama ni aku refer di sini ---> Tutorial
I'm in love with my sewing machine right now!


 

My Little Pink Book Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal