Saturday 23 June 2012

Saturday@TheOffice

Posted by Hajar Ishak 0 comments
Hari ni sabtu yang se afdal nya di habiskan bersama family. But abah irfan need to go to the office on this beautiful and full of haze saturday. Penang tengah jerubu teruk minggu ni,sentiasa berkabus ja pemandangan sekeliling. So,untuk memastikan abah irfan tetap bersama family on this saturday,kami pun follow abah irfan to the office. Yang sebenarnya,petang ni kami nak balik sungai kechil, alang-alang abah irfan nak merentas bridge,kami pun join la sekali,x payah la abah irfan nak rentas bridge untuk ambil kami pulak lepas abis keja. Disebabkan bosan di office ni,sambil-sambil layan movie sempat la aku post entry ni..hehe
Irfan pakai sweater sebab aircond sejuk sangat
Ummi layan movie la

Tuesday 19 June 2012

Visiting

Posted by Hajar Ishak 0 comments
Hari ahad malam, sepupu irfan yang namanya Arissa masuk hospital Lam Wah Ee. Telinga dia bernanah dan dia mengadu sakit telinga.
Bukan kali pertama telinga dia jadi macam tu, 2-3 minggu lepas dah jadi macam tu, tapi dah baik lepas ambik ubat kat klinik. This time parents dia decide nak pi hospital memandangkan dah pernah bernanah sebelum ni.
Hari Isnin lepas balik office, aku terus ajak abah irfan melawat si kecik tu, memandangkan Lam Wah Ee pun dekat ja dengan rumah kami, so boleh la duduk kat situ lama-lama sikit.
Moga Arissa cepat sembuh dah sihat seperti biasa.


Arissa dan Irfan (mulut penuh biskut)

Friday 15 June 2012

Dugaan Untuk Kami

Posted by Hajar Ishak 0 comments
Sejak hari Selasa lepas,Irfan di jaga oleh mak aku sebab dia kena jangkitan ruam. Kalau dalam bahasa doktor di panggil ruam la,tapi dalam bahasa orang kampung,di panggil kudis api. Hari ahad tu aku dah perasan dah ruam tu tapi sebab irfan tak garu-garu,aku pun ingat ruam panas ja.
Aku pun hantar dia pi nursery macam biasa hari isnin tu. Dalam pkul 10 pagi,nursery call mintak aku bawak irfan pi klinik,takut ruam tu berjangkit. Sampai kat nursery,rupanya dah ada 4 orang budak naik ruam macam tu. Doktor pun advice suruh duduk rumah untuk elak bayi lain kena jugak.
So, satu-satunya cara untuk aku tak perlu ambil cuti adalah hantar irfan ke rumah mak aku sampai ruam dia hilang. Tiap-tiap pagi kami bangun 5.45pagi, abah irfan hantar irfan pi teluk kumbar,dalam pkul 7.45pagi baru la abah irfan sampai balik ke rumah kami sebab jalan balik dari teluk kumbar sangat la jammed.
Walhalnya,kalau tak jammed,15minit perjalanan ja jarak rumah aku dengan teluk kumbar tu. Sebelah petang,lepas keja aku pulak pi ambik irfan balik,pukul 7.30malam baru dapat sampai rumah,sebab jammed jugak.
Letih betul kami minggu ni tapi untuk irfan,jammed di jalan sanggup ku redah. Alhamdulillah,hari ni ruam tu makin kurang. InsyaAllah,isnin depan irfan dah boleh ke nursery.
Susunan kereta jam 6 petang
Ruam kat pelipat lengan

Thursday 14 June 2012

Satay Hunting

Posted by Hajar Ishak 0 comments
Dulu masa kami masih duduk kat Sungai Bakap, kerap jugak la kami makan sate, sebab dekat dengan rumah kami kat sana memang ada satu kedai jual sate yang sedap. Semenjak dua menjak duduk Bukit Gambier ni, kami dah kurang makan sate, jadik untuk menghilangkan rasa mengidam orang yang tak pregnant nak makan sate, abah irfan pun bawak la kami cari kedai sate. Aku pun suggest kedai sate area stesen bas Sungai Nibong, sebab aku pernah nampak signboard kedai tu. Aku dok bayang kedai tu jual sate semata-mata saja sebab nama dia D'Kulim Satay House, tapi sangkaan ku meleset belaka, dia jual macam-macam rupanya. Segala nasi goreng dan tomyam pun ada. Kami order 15 batang sate, rasa dia boleh tahan, cuma tak berapa garing , saiz dia pun tak la kecik sangat dan harga dia 70sen, rasa macam mahal tapi bila pikir-pikir balik, memang harga sate dah mahal kot..hehehe. Lepas ni, nak cari kedai sate lain pulak, nak compare rasa sate dia.
The Menu..

Bang, order bang!

Satay ayam

Milo ais terlebih manis..

Ada projector tayang movie


Wednesday 13 June 2012

Dia Sedang Survey Xperia di Kedai Handphone

Posted by Hajar Ishak 0 comments

Tuesday 12 June 2012

I know what u did last weekend..

Posted by Hajar Ishak 0 comments
Hujung minggu adalah hari berkawan-kawan, berkenduri-kendara dan bersaudara-mara. Hujung minggu kami penuh dengan aktiviti, sampai rasa malas betul nak pi keja hari isnin tu.

Jumaat Malam -  Makan-makan di padang kota dengan kawan abah irfan
Budak mamai baru bangun tido di padang kota
Sabtu Pagi -  Breakfast@Pelita Nasi Kandar & Swimming lepas balik dari pasar..hahaha
Roti canai satu!

Swim..swim...coach suruh practice
Sabtu Tengahari - Makan Kenduri@Sungai Bakap
On the way to kenduri..

Mood tengah baik, duduk diam ja.
Ahad Pagi - Melawat Tok dan Tokwan@ Teluk Kumbar
Irfan(pakai baju lebah) dan tokwan


Ahad Petang - Riadah@Taman Pusat Islam USM
Saya belum boleh berjalan, tapi saya nak main sendiri..
Coach ajar bertatih pulak!


Friday 8 June 2012

Cousin's Day Out

Posted by Hajar Ishak 0 comments
Memandangkan sekarang ni musim cuti sekolah, kakak aku yang tugas hakikinya ialah guru sedang bercuti. Dia balik dan berkampung kat Penang for 2 weeks. Minggu lepas, my family was busy with my little sister wedding preparation, kami tak sempat nak bawak izz (my nephew) dan irfan hang out sama-sama. So, aku cadangkan kakak aku bawak izz datang gambier height dan have fun at the swimming pool with irfan lepas aku balik keja. Sebab tak nak aku frust menoggeng sebab jemputan tak di layan, kakak aku pun agreed untuk bawak izz mandi manda kat umah aku. It' s turn out to be so fun. Izz seronok sangat dapat main air dan Irfan happy sangat sebab abang izz singgah rumah kami. Harap dapat ajak abang izz mandi sini lagi next time.
Irfan!
Izz!(tinggi btol budak ni)
Swimming coach tengah bagi talk
Having fun!
Nampak tak muka irfan tu? suka sangat dengan abg izz dia
Main sama-sama
Bersepah umah umi dibuatnya

Thursday 7 June 2012

Fisherprice Newborn To Toddler Rocker

Posted by Hajar Ishak 0 comments
Hari ni terasa nak cerita pasal Newborn To Toddler Rocker (NBTTR) lepas belek-belek folder gambar irfan and found a few pictures of him with his NBTTR. Since i was pregnant, aku memang teringin nak beli NBTTR ni for my baby, but when the baby was born, aku terlupa pasal NBTTR ni sebab terlalu busy dengan beberapa issues as a new mother. I was lucky, masa dalam pantang, kawan office bagitau yang they have a gift for my baby, which is a bouncer. By that time, aku tak tau lagi yang hadiahnya ada lah NBTTR. Hari pertama masuk keja after 3 months of maternity leave, i was so suprise bila tengok hadiah yang my baby dapat. NBTTR from Fisher Price!!  Sejak dari tu, this NBTTR menjadi tempat lepak Irfan bila umi nak buat keja or bila tengok tv.
3 months old
NBTTR ni jugak aku guna untuk letak irfan masa nak bagi dia makan. Sangat perbagai kegunaan NBTTR ni. Senang nak uruskan irfan waktu makan bila dia duduk diam-diam dalam NBTTR, tapi bila mood dia baik la, bila mood tak baik, kena letak atas riba jugak.
Taking his 1st solid food sambil baring atas NBTTR

Few months after receiving the gift, aku join a blog giveaway contest host by diyanazman.com and we won the third price  - Fisher Price Musical Mobile (worth RM 119.90) . Alhamdulillah, rezeki irfan lagi.
Irfan dan hadiah
Sampai sekarang, Irfan still guna this NBTTR. Terima kasih banyak-banyak buat kawan-kawan pejabat aku yang buat collection dan bagi hadiah ni. Sangat seronok dengan hadiah ni!

Tunggu ummi buat breakfast on sunday morning

Budak setahun tido dalam NBTTR

Wednesday 6 June 2012

Dia sedang Google !

Posted by Hajar Ishak 0 comments

Tuesday 5 June 2012

Kenduri Kendara

Posted by Hajar Ishak 0 comments
Weekend ni aktiviti kami adalah meraikan kenduri. Starting with my little sister wedding on saturday, sambung pulak dengan majlis kenduri rumah sepupu kepada abah irfan on sunday di tanjung piandang, dan majlis bertandang adik aku on monday di Dewan RECSAM,Gelugor. Wedding adik aku kali ni aku rasa macam penat sikit, maybe sebab ada baby yang dah lasak. Irfan nampak enjoy masa hari kenduri,dapat pakai baju melayu, dapat makan nasik kenduri dah dapat jumpa sepupu tersayang iaitu abang izz ayril, semua kelaku budak izz tu dia tiru, comel btul gelagat budak2 kecik ni.

SATURDAY

Main main dengan kipas pengantin

Posed dengan pengantin tapi dia takut sebab orang ramai tengah tengok

Izz + Mama + Irfan + Ummi + Pelamin

SUNDAY

Sepupu sepapat ke Tanjung Piandang
 
MONDAY

Ummi + Izz + Mama

Sebuk posed masa pengantin makan

Budak yang dah tak tahan tunggu lama

The gentlemen








 

My Little Pink Book Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal