Tuesday, 22 May 2012

My Very 1st Experience

Posted by Hajar Ishak

Walaupun dah setahun lebih melahirkan Irfan, aku tetap nak tulis pengalaman tu dalam blog ni supaya satu hari nanti kalau anak menantu aku tanya macam mana rasanya sakit bersalin anak sulung, aku boleh suruh refer kat blog..hahahaha..

Sorotan pengalaman bersalin mengikut tarikh..cheewaaahh..

13 Mei 2011
Pagi Jumaat, pi office macam biasa, tapi masa tengahari dah rasa macam sakit sakit kat bawah perut, tak boleh nak describe sakit cemana tapi memang sakit yang tak pernah rasa, tapi masih boleh tahan  dan masih boleh bekerja.Mengadu sikit-sikit dekat ibu khalish yang sama-sama pregnant masa tu. Petang tu check kat toilet macam ada tanda keluar, tapi sangat samar –samar. So, teruskan bertahan sampai malam, tidur macam biasa ja.

14 Mei 2011
Memandang memang dah sarat, so duduk rumah mak aku kat Teluk Kumbar, tapi mak dan ayah tak da sebab balik kampong melawat tok aku. Dalam pukul 11pagi, nurse klinik desa call nak buat lawatan kat rumah. Bila nurse sampai, dia bg bekas untuk isi urine , masa nak ambil sample urine tu, tengok darah kuar lebih banyak dari semalam. So, bagitau dekat nurse then dia suruh pi maternity hospital untuk check. Tapi sebab tak rasa sakit sangat, aku pun ajak abah irfan(masa tu belum jadi abah) pi queensbay mall, jalan-jalan dan makan-makan kat sana. Lepas tu dalam pkul 2 petang kami sampai Maternity Hospital, betul –betul sebelah asrama sekolah menengah aku, syahdu seketika, teringat zaman muda remaja..hehehe..dah sampai tu, dia check bukaan 2cm, dia suruh admitted, abah irfan requested nak balik sebab aku belum terasa sakit, tapi nurse kata, boleh balik dengan syarat kena sign surat, dan hospital tak mau bertanggungjawab kalau jadi apa-apa. Makanya, sebab takut jadi apa-apa, aku pun dengan paksa rela check in la kat hospital, dapat ward kelas 2. Tapi sepanjang hari, sampai malam memang ada darah yang turun.

15 Mei 2011
Sebab cucu dah bagi warning nak keluar, mak aku pun balik cepat cepat dari kampong untuk tengok aku, padahal nya aku duduk hospital tanpa rasa sakit apa pun. Tapi lepas zuhur, aku ada rasa sakit contraction, bila tanya kat nurse, dia kata “ tunggu sakit yang tak tertahan baru kita check bukaan”. So aku pun tahan la sakit sebab tak sanggup nak rasa sakit masa check bukaan tu. Bila dah nak abis waktu melawat, mak aku tanya, sakit tak? Aku cakap bleh tahan lagi. So, parents dan husband aku pun balik la tunggu kat rumah. Tapi mungkin reaksi muka aku yang menunjukkan aku tak tertahan, dalam pukul 10 malam, nurse pun datang tanya aku “Tak tahan dah ka?”. Aku angguk-angguk ja. So, datang la seorang doktor praktikal untuk check bukaan aku, sakitnya la haiii..rupanya bukaan dah 6 cm, cepat-cepat la nurse tu cari kerusi roda tolak aku ke labour room sebab takut aku ter bersalin dalam ward. Dah sampai labor room, bukaan jadi 7cm, nurse suruh call husband sebab dalam labour room husband boleh temankan, waktu tu memang dah tak tertahan dah baby nak keluar, tapi dia kena sabar sebab nak tunggu abah.
Bila abah dah sampai, bermula la battle, punya la susah, sebab aku tak pandai push baby keluar. Then, doctor kata nak guna vacuum, bila aku tengok je mesin vacuum tu, terus aku kata kat hati dan otak aku, macam mana pun kena push baby keluar, aku tak mau guna benda alah tu.

16 Mei 2011
Alhamdulillah ,akhirnya jam 1230 pagi, lahirlah putera sulungku - Muhammad Rais ‘Irfan tanpa perlu guna vacuum,  EDD sebenarnya adalah 23 Mei 2011, dia lahir awal seminggu dari jangkaan. Ada cerita yang tak berapa seronok untuk di ingati masa nak selesaikan proses kelahiran. Tapi tak larat nak karang dah..hehehe.

admitted@MH, sangat la comot dan sememeh !
.

0 comments on "My Very 1st Experience"

Post a Comment

 

My Little Pink Book Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal