Thursday 30 July 2009

Hari hari keja..hahaha..

Posted by Hajar Ishak 3 comments
Dah lepas waktu keja tp masih kat office.Why?Sbb tengah cuba abiskan keja.
Nak alter one of the programming script sbb kata user,outputnya salah..
For those yg pening2 baca apa yg aku tulis ni,abaikan je la..Actually xda beza pun nak balik awal or lambat hari ni sebab sepanjang hari aku 'try and error' tp still x berjaya.
Before I work here,I always think that the government staff or 'badan berkanun' staff kejanya goyang kaki.Tapi bila dah keja,I learn something,Not all the staffs goyang kaki.For IT staff,it's a tough job when you try to provide all the IT services to your company.My superiors semuanya keja keras,sampai ada yang x boleh nak ambik cuti tahunan sebab keja terlalu banyak dan bos x luluskan cuti.They are among the best employees yang aku pernah kenal.Tapi,tak di nafikan memang ada sebilangan kecil yang takes thing for granted.Buat keja ala kadar.Semoga aku x tergolong dalam orang yg bekerja begitu..hehehehe...Keja ni satu amanah kan?huhuhuhu...
Alang-alang dah membebel pasal keja..aku nak cerita perangai sorg budak praktikal kat sini.Yesterday,my Officer asked me to show him how to create a datawindow(buat2 paham je la).Guess what is his answers?"can i complete this game first?"..rupanya masa tu dia tengah main game..sakitnya hati aku..tapi at the end of the day aku guide la gak dia..sbb aku pikir dia student lagi..banyak main..but seriously,betapa kurang kesedarannya dia..He should learn to respect others.
ermm..game yg mana satu yg budak praktikal tu main ha?

Ok..Nak cerita pasal makan plak tadi tengahari makan bihun kungfu kat TTS(Taman Tun Sardon) lagi..sedap sangat..siap bungkus popia goreng bawak balik office..yummmy..
okla..nak balik dah...menyusuri jalan yang sesak menuju ke Teluk Kumbaq..hehehe..daaaaa...

Tuesday 28 July 2009

Selesai sudah...

Posted by Hajar Ishak 0 comments
Lepas 2 minggu menyibukkan diri prepare untuk ICT week,sekarang ni baru la aku ada masa untuk update blog.Minggu lepas,hari Selasa dan Rabu,sibuk prepare untuk seminar ICT Week,Hari Khamis handle pendaftaran peserta Seminar,Hari Jumaat selesaikan hal berkaitan tayangan filem,Hari Sabtu duty jaga booth untuk ICT Expo.Yang best nya hari sabtu dapat jumpa upin ipin..It was a busy week but there's a lots of things I had learned from this event.hehehehe..

Kaunter pendaftaran seminar ICT

On duty..Tengah belek system smartcard

Upin..Ipin...I'm soooo excited...

Upin Ipin depan my department booth

These few days,PC kat office asyik buat hal.Dah lebih 3 kali format windows.Penat sangat.Semua keja yang x sempat buat back up ilang macam tu ja.Kena virus agaknya PC tu.I'll be aware next time.Buat back up tiap-tiap hari.

Sunday 19 July 2009

Sunday = Family Day

Posted by Hajar Ishak 0 comments
Macam2 hal family yg bleh di buat hari ahad..hehehe..Wake up early today,help my mom doing laundry,sambil makan ice cream beli kat Giant semalam..

Ice Cream cap King's yg sedap dan murah...
Lepas tu makan binuh goreng yg mak aku masak..yummy..sedap sangat..
Lepas makan bihun..lepak ngn ayah aku sambil ayah cuci keta..hehehe..yang bestnya ayah cuci keta aku skali..

So,today is a family day for me..Hang out with my family and having soooo much fun..

Thursday 16 July 2009

Don't Wanna Miss A Thing-Aerosmith

Posted by Hajar Ishak 0 comments

ermm..
this is my biggest problem..I won't miss someone unless I had met the person once and that person need to be 'away' again..urghh..what am I doing now?I miss someone and this is because I just met that someone last weekend,and we won't get to see each other for another 3 weeks..
duuuhhh..rasa mcm lama je..gloomy btul hari ni..x tau mcm mana nak handle feeling ni..masih dalam mood missing someone..until when???It may takes another 3 to 4 days for me to handle my feeling..huhuhu..

Tuesday 14 July 2009

Pasar Malam@New Place

Posted by Hajar Ishak 0 comments
Pasar malam Teluk Kumbar dah pindah tempat.Dah 3 minggu rasanya pasar malam tu pindah tempat tp baru tadi ja aku sempat menjenguk pasar malam tu.Lebih besar dari pasar malam yang lama.Agak lenguh la jugak kaki ku melangkah.Yang penting,gerai 'must buy' aku masih ada.Kedai bihun sup wawasan dan kedai laksa beroda.Sebab 1st time p pasar malam tu tadi,x banyak yang aku beli,just pusing2 tengok peniaga2 kat situ dan beli sikit makanan.Lain kali bleh terus ke tempat yang dah di'spot'..hahahaha..

Ini la Gerai 'Must-Buy',Bihun Sup Wawasan.Gerai laksa lupa nak snap pic td..

Pasar Malam Teluk Kumbar@Bandar Baru Perda

Saturday 11 July 2009

Tiket..Tiket..

Posted by Hajar Ishak 0 comments
Untuk tayangan filem Setem sempena ICT Week,aku kena siapkan tiket.2000 kena distribute.Harap-harap jualan tiket laris.This weekend,kerja aku ialah menggunting tiket.Kalau nak tunggu weekdays memang x sempat,nak buat keja la,nak meeting la.So,kena korbankan weekend.

Ni la tiket-tiket yang nak kena potong..2000 keping oooo..
But,I still get the chance to enjoy my weekend.Hari ni dah plan nak p tgk Transformers..hahahaha..ada orang dah tgk 2 kali,aku baru nak p tengok untuk kali pertama.Rasanya nak p tengok kat Sunway Carnival Seberang Jaya.Kat sana kurang sesak,kalau kat Queensbay dgn Gurney agak sesak time weekend.
Ni la Sunway Carnival Mall (front view)

Last night my sister cakap dia nampak kelewon tdo sebelah dia.Hantu berbaju putih dan badan dia panjang.Mula2 dengar aku dah seram.Actually,bilik adik aku tu bilik baru.Baru siap bulan 10 tahun lepas.Sebelum ni tapak bilik adik aku tu,tapak parking moto.Mungkin sebab baru kot,jadi masih ada benda-benda macam tu.So,malam ni,aku akan tdo dgn lampu yang terpasang.Walaupon bilik adik aku tu jauh dari aku.hahaha..
Maybe tu bayangan adik aku ja kot,sebab dia tdo sorg.

Friday 10 July 2009

Get Busy

Posted by Hajar Ishak 0 comments
Kejap ja dah Friday.Tak terasa pun masa berlalu.Penat sangat this week.
erm..this week agak busy dgn preparation ICT Week.Preparation tayangan filem Setem lagi.Tolong sana tolong sini.Kejap ja terasa masa berlalu.Nak jenguk blog pun x sempat.
So, this evening, terasa macam nak makan spageti.Aku try resipi yang ter'amat' la BASIC.Yang simple ja,asalkan dapat merasa spageti.

Proses memasak kuah spageti dalam kuali..


Taadaa..siap dah! Not bad la rasanya..boleh tahan..

Tuesday 7 July 2009

Payung Free

Posted by Hajar Ishak 0 comments
Last 2 days, my ex-colleague called me,she needed my help.
erm..actually,she needs my mother's help.
Dia tengah buat bisnes jual kuih raya,so mintak my mom buat satu kuih dah jual dengan dia.Puasa pun belum,dia dah ambik tempahan biskut raya.hahahaha.....Kalau org utara panggil kuih tu kuih samperit ataupun bunga cina.Tp my family panggil kuih tu kuih samperit.Bulan puasa tahun ni kena la aku tolong my mom buat biskut raya.Dapat jugak la income untuk duit raya.Yesterday,I renewed roadtax and insurance kereta.
Dapat la free gift payung.

I'm still waiting for the agent to call me.Bila la agaknya roadtax tu siap.Selalunya 1 hari dah siap.Kali ni macam lambat pulak.But still ok lagi sbb tarikh mati roadtax tu 21hb.So,I still have another 2 weeks.

AmG Insurance Slip..

Sunday 5 July 2009

Weekend..

Posted by Hajar Ishak 1 comments
Pejam celik kejap ja hari ahad.Minggu ni agak penuh dgn aktiviti tp x la memenatkan macam last week.Hari Jumaat malam I tried to cook Bihun KungFu..
Ermm..makan kat kedai lagi sedap kot..hehehe..tp biasa la,practice makes perfect.Kalau masak selalu nanti lama-lama sedap la macam makan kat kedai tu.

Nampak cair kan kuah dia??hehehe..mintak maap byk2 le..1st trial..

Hari Sabtu aku plan nak p kedai bunga nak beli barang buat bunga stokin,tapi mak aku ajak p Kamdar plak.Beli baju raya untuk adik-adik aku.Alahai,puasa pun belum dah nak beli baju raya,mak aku takut xsempat jahit nanti,lagi pulak adik aku nak tempah baju tu,takut tailor xnak ambik kalau lambat sangat.

Beg Kamdar yang berjaya di isi penuh pada hari tu..

Inside the bag..kain yg belum jadi baju lagi..

Hari ahad aku masak lagi,this time Mee Bandung,kali ni sedap gak.Siap bagi kat jiran sebelah a.k.a cousin aku.Tp aku terlupa nak snap gambar mee bandung tu.Minggu ni tema buah-buhan tempatan kat umah aku,ada manggis+durian+rambutan

Buah-buah dari dusun Teluk Kumbar

Thursday 2 July 2009

Bihun KungFu

Posted by Hajar Ishak 0 comments
Hari ni lunch aku makan bihun kungfu dekat Taman Tun Sardon..Dekat ja dgn office aku,around 10minutes sampai la,kalau naik moto 5minit dah sampai.Sedap btul..tp aku lupa nak snap pic,sedap sangat sampai xingat apa dah..I tried to search from internet and i got this picture.Lebih kurang sama la..cuma yang dalam gambar ni yee me, yg aku makan td bihun or mee hoon.

jap..nak try cari lagi..ermm..dapat picture ni..yang ni mmg sama dgn yg aku makan td.


Hopefully aku xlapar sebelum balik keja nnt sebab aku xmakan nasi lagi hari ni.Dah 2 hari sebenarnya x makan nasi.Diet??tak la..Yesterday I went to TESCO and had sizzling noodle there.Balik rumah x terasa lapar pun,tu yang x makan nasi.
Semalam pulak my dad bawak balik buah durian dari dusun arwah Tok Wan aku..mak aiihh..sedap sangat..aku makan banyak jugak la walaupun aku ni x brapa suka makan durian..Nama durian tu Durian Jantung because of its shape,macam jantung manusia..

Bila makan durian ni,i started to miss my grandpa.Rindu nya kat arwah Tok Wan.Yang ni Tok Wan sebelah ayah aku.FYI, I lived with my grandparents since I was born until I turned 11 years old.Semoga roh Tok Wah di cucuri rahmat ALLAH.Al-Fatihah.

Wednesday 1 July 2009

Bunga Stokin

Posted by Hajar Ishak 0 comments
Creative Wednesday!
Tetiba rasa macam nak try blajar buat bunga stokin.
Duk selak selak blog yang ada bunga stokin..rasa macam teringin nak belajar..
Kalau aku dah terror nnt bleh la amik tempahan..mahal tau bunga ni,satu gubahan RM17..hehehe..
I'm so excited..
x sabar nak tunggu weekend nak p kedai bunga beli stokin dgn dawai..
Belum start belajar dah berangan..So,untuk hari ni aku berada dalam mood creative tp still ada benda yg aku blurr lagi.
Of course la hal keja..Everything so blurry ditambah dengan perasaan x berapa rajin yg aku ada..hahaha..
I'll be a better person tomorrow..Yakin Boleh..

Ni bunga stokin yg menarik minat ku.Kredit to the pic owner-flowerjun..

Hari ni aku p keja naik keta sbb hujan dan sebab nak bawa barang bg kat kawan aku.
Macam biasa,jalan nak ke Bayan Lepas tersangat la sesak.Masa tengah queue tunggu traffic light tu,siap ada satu keta nak potong aku,geram btul..
Jalan tu sepatutnya ada 2 line ja,tp ada la sebijik dua keta yg degil.
suka2 jdkan jalan tu 3 line pastu tiba2 nak potong org yg ada kat line yg betul..geramnya..beratur dan tunggu la giliran anda la kan?
semua org nak cepat,bukan dia sorg je nak p keja..aku pun nak p keja gak..
aku sempat snap 1 pic,keta viva kaler itam nak memotong aku..

Look at the picture,keta naza sutera dgn bas kilang(biru) tu berada di jalan yg btul..
selain dari tu,yang sebelah kanan tu semuanya memotong barisan..
mmg spoiled mood aku la keta viva tu..jd stress bila driving..
Apa2 pun hujan itu rahmat..
 

My Little Pink Book Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal