Thursday 31 May 2012

Our 2nd Anniversary

Posted by Hajar Ishak 0 comments
Bulan May ada 2 tarikh penting, Birthday 'Irfan dan Wedding Anniversary kami.
30 May 2010 -  kami selamat di ijab kabul, tahun 2012 ni baru 2 tahun menjadi husband & wife. Alhamdulillah, looking forward untuk teruskan perjalanan hidup bersama.
Semoga rumahtangga kami di rahmati Allah dan dalam keredhaan Allah hendaknya.
Memandangkan sekarang aku dalam cooking mode, untuk anniversary, aku adjust sket mood kepada baking mode.
For the 1st time as a wife, aku bake kek coklat.
Sebelum ni memang pernah bake, tapi bukan sendirian, ada guide daripada my lovely mom.
Semalam lepas balik keja, aku terus masuk dapur nak buat kek, sedang aku busy buat kek, abah irfan pun balik keja, rupanya dia bawak balik kek untuk anniversary kami.
Kesian sungguh kami ni, 2 2 orang nak buat suprise benda yang sama.
Jadinya, malam tadi kami makan 2 jenis kek, 1 homemade, 1 beli kat kedai.
Apapun thanks to abah irfan sebab ingat nak beli kek untuk anniversary.
Tahun depan no more cakes, kita buat suprise lain plak.

Custom made card nihh..
Home made chocolate cake


Kek yang abah 'irfan beli untuk kami
Budak sebuk nak potong kek

Si kecik yang meraikan annivesary kami.



Wednesday 30 May 2012

Countdown - 30 Days to Go!

Posted by Hajar Ishak 0 comments

sumber gambar -  google.com
***Happy anniversary abah irfan!

Monday 28 May 2012

Swimming Pool + Irfan

Posted by Hajar Ishak 0 comments
Kali pertama Irfan masuk swimming pool was in December 2011, masa tu aku attend bengkel Mantap di Bukit Merah. Angkut sekali Irfan dengan abah irfan ke Bukit Merah. Masa tu Irfan nampak panik dan tak selesa berendam dalam air.
1st time mandi swimming pool @ Bukit Merah

Then on February 2012, Irfan kena pnuemonia, so dia tak berapa sesuai main kat swimming pool untuk elakkan dia kena selsema. Sekarang, lepas beberapa bulan recover from pnuemonia, kami memberanikan diri rendam our little boy in the pool, and he seems to enjoy it so much. Sebab aku excited bila tengok baby angkasawan negara yang dah pandai menyelam at the age of 9 months, aku pun bertekad nak ajar Irfan berenang seawal usia 1 tahun ni. Tapi bukan aku la yang akan ajar, sebab aku memang tak pandai berenang, swimming trainer Irfan will be his abah, we'll see sama ada abah irfan akan berjaya atau tak? hehehehe..

2nd time  mandi swimming pool - Irfan semakin selesa

Wednesday 23 May 2012

Us!

Posted by Hajar Ishak 0 comments

Tuesday 22 May 2012

My Very 1st Experience

Posted by Hajar Ishak 0 comments

Walaupun dah setahun lebih melahirkan Irfan, aku tetap nak tulis pengalaman tu dalam blog ni supaya satu hari nanti kalau anak menantu aku tanya macam mana rasanya sakit bersalin anak sulung, aku boleh suruh refer kat blog..hahahaha..

Sorotan pengalaman bersalin mengikut tarikh..cheewaaahh..

13 Mei 2011
Pagi Jumaat, pi office macam biasa, tapi masa tengahari dah rasa macam sakit sakit kat bawah perut, tak boleh nak describe sakit cemana tapi memang sakit yang tak pernah rasa, tapi masih boleh tahan  dan masih boleh bekerja.Mengadu sikit-sikit dekat ibu khalish yang sama-sama pregnant masa tu. Petang tu check kat toilet macam ada tanda keluar, tapi sangat samar –samar. So, teruskan bertahan sampai malam, tidur macam biasa ja.

14 Mei 2011
Memandang memang dah sarat, so duduk rumah mak aku kat Teluk Kumbar, tapi mak dan ayah tak da sebab balik kampong melawat tok aku. Dalam pukul 11pagi, nurse klinik desa call nak buat lawatan kat rumah. Bila nurse sampai, dia bg bekas untuk isi urine , masa nak ambil sample urine tu, tengok darah kuar lebih banyak dari semalam. So, bagitau dekat nurse then dia suruh pi maternity hospital untuk check. Tapi sebab tak rasa sakit sangat, aku pun ajak abah irfan(masa tu belum jadi abah) pi queensbay mall, jalan-jalan dan makan-makan kat sana. Lepas tu dalam pkul 2 petang kami sampai Maternity Hospital, betul –betul sebelah asrama sekolah menengah aku, syahdu seketika, teringat zaman muda remaja..hehehe..dah sampai tu, dia check bukaan 2cm, dia suruh admitted, abah irfan requested nak balik sebab aku belum terasa sakit, tapi nurse kata, boleh balik dengan syarat kena sign surat, dan hospital tak mau bertanggungjawab kalau jadi apa-apa. Makanya, sebab takut jadi apa-apa, aku pun dengan paksa rela check in la kat hospital, dapat ward kelas 2. Tapi sepanjang hari, sampai malam memang ada darah yang turun.

15 Mei 2011
Sebab cucu dah bagi warning nak keluar, mak aku pun balik cepat cepat dari kampong untuk tengok aku, padahal nya aku duduk hospital tanpa rasa sakit apa pun. Tapi lepas zuhur, aku ada rasa sakit contraction, bila tanya kat nurse, dia kata “ tunggu sakit yang tak tertahan baru kita check bukaan”. So aku pun tahan la sakit sebab tak sanggup nak rasa sakit masa check bukaan tu. Bila dah nak abis waktu melawat, mak aku tanya, sakit tak? Aku cakap bleh tahan lagi. So, parents dan husband aku pun balik la tunggu kat rumah. Tapi mungkin reaksi muka aku yang menunjukkan aku tak tertahan, dalam pukul 10 malam, nurse pun datang tanya aku “Tak tahan dah ka?”. Aku angguk-angguk ja. So, datang la seorang doktor praktikal untuk check bukaan aku, sakitnya la haiii..rupanya bukaan dah 6 cm, cepat-cepat la nurse tu cari kerusi roda tolak aku ke labour room sebab takut aku ter bersalin dalam ward. Dah sampai labor room, bukaan jadi 7cm, nurse suruh call husband sebab dalam labour room husband boleh temankan, waktu tu memang dah tak tertahan dah baby nak keluar, tapi dia kena sabar sebab nak tunggu abah.
Bila abah dah sampai, bermula la battle, punya la susah, sebab aku tak pandai push baby keluar. Then, doctor kata nak guna vacuum, bila aku tengok je mesin vacuum tu, terus aku kata kat hati dan otak aku, macam mana pun kena push baby keluar, aku tak mau guna benda alah tu.

16 Mei 2011
Alhamdulillah ,akhirnya jam 1230 pagi, lahirlah putera sulungku - Muhammad Rais ‘Irfan tanpa perlu guna vacuum,  EDD sebenarnya adalah 23 Mei 2011, dia lahir awal seminggu dari jangkaan. Ada cerita yang tak berapa seronok untuk di ingati masa nak selesaikan proses kelahiran. Tapi tak larat nak karang dah..hehehe.

admitted@MH, sangat la comot dan sememeh !
.

Sunday 20 May 2012

Saturday @ Borders,Queensbay Mall

Posted by Hajar Ishak 0 comments
Hari sabtu bawak irfan jalan - jalan, yang sebenarnya ummi yang nak pusing-pusing shopping mall. Alang- alang dah sampai queensbay mall, terasa nak bawak irfan masuk kedai buku, asyik masuk toys r us ja kan? Dah sampai masa kenalkan irfan dengan a place with a lots of books. So, kami ke borders, and the good thing is, borders allow us to lepak - lepak and read the book there. Dapat la aku tunjukkan irfan 1, 2 buah buku and he liked it soooo much, siap senyum, sengih dan buat bunyi - bunyi bila tengok picture kat buku-buku tu. Pasti akan ada next visit to borders!
Budak ini muka masyam sebab rak buku banyak tapi dia tak boleh punggah

Pusing pusing borders

Hasil tangkapan di borders
Learning shapes with caterpillar

Thursday 17 May 2012

1 Hari di Bulan Mei

Posted by Hajar Ishak 0 comments
Semalam umi dan abah irfan ambil cuti sempena birthday our son, irfan. Aktiviti rasmi adalah p klinik dan ambil vaccination untuk 1 tahun. So, hadiah pertama yang irfan dapat pagi tu adalah injection dari nurse di klinik.
Lepas balik klinik, baru la aktiviti tidak rasmi di jalankan..hehehe
Cake for today!

Birthday boy potong kek!

Yeaaa...ummi shopping baju for me!

Groceries shopping @ Tesco

Dinner @ Mc Donalds

1 year old boy!


Wednesday 16 May 2012

Happy 1st Birthday to My Little Boy

Posted by Hajar Ishak 0 comments
Alhamdulillah, hari ni genap umur Irfan setahun mengikut kalendar masihi. Kalau ikut kalendar Islam, Irfan lahir 12 JamadilAkhir, maka nya dia genap setahun ikut kalendar Islam pada 4 Mei 2012 yang lepas. I'm so proud of him. Happy Birthday my darling son, Umi doakan Irfan sentiasa diberi kesihatan, semoga terus membesar menjadi anak yang soleh, seorang mukmin yang beriman, yang berguna pada agama dan menjadi anak yang mendoakan kedua ibu bapa...Amiin..
Sedang gigit badge abah sambil merangkak

Tuesday 15 May 2012

Irfan's Pre Birthday Party

Posted by Hajar Ishak 0 comments
Birthday irfan sepatutnya esok(16hb), tapi di sebabkan sepupu irfan ni birthday dia 11 hari awal dari irfan, hari ahad lepas kami pun buat la birthday party untuk si kecik 2 orang ni sama-sama, Kiranya sorang buat lambat, sorang buat awal. Birthday party kecik kecilan untuk kaum keluarga. Tema majlis adalah barberkue. Saja rajin nak membuli kaum-kaum adam untuk bakar ayam , udang dan sotong. Yang penting, budak budak ni sangat seronok sebab dapat main sama-sama. Memang nampak irfan sangat excited, sampai terlompat-lompat, tp guna lutut je la sebab belum boleh berdiri..hehehe..Aku rasa seronok tengok irfan bergaul dengan sepupu dia, I want him to value family, harap hubungan budak budak ni akan rapat sampai dewasa.
Choc moist from secret recipe..yummy..
Nak potong kek ramai-ramai ( abaikan kotak pelapik kek..hehehe )
Birthday boy potong kek ( abaikan jugak pemandangan belakang..hehehe)
Birthday girl nak potong jugak
Main main tak duduk diam
Hadiah birthday dari makngah dan maklang

Monday 14 May 2012

Makan dan makan lagi

Posted by Hajar Ishak 0 comments
Hari sabtu lepas, bawak irfan ke Kepala Batas untuk makan kenduri one of his abah's friend. Seronok la si budak kecik tu jalan-jalan naik kereta. Makan kenduri sampai kenyang, siap ada laksa lagi.
Abah+Irfan dan Raja for the day

Lepas kenduri, nak bawak irfan p tidur kat rumah tok dia ,nak bagi jadi cucu soleh, rajin melawat tok nenek..hehehe..Sampai ja rumah mak mertua aku, adik ipar aku dah tunggu kat situ, nak ajak makan kat Telok Tempoyak.
Alahaiiii...nak kena masuk Penang balik la jadi nya. Tapi, makan punya pasal ditambah pulak dengan orang nak belanja, kami pun OK ja la. Tapi belum bertolak lagi si budak kecik Irfan dah tidur, kami usung jugak la.
Si kecik tidur lena.

Dah separuh jalan kami makan, baru dia bangun. Hari tu memang adalah hari makan sampai kenyang la.Gambar makanan tak sempat ambil. Tengok tengok dah licin dah.
3 abah dan 3 anak
Irfan muka massyaaamm sebab baru bangun tidur

Pukul 12 tengah malam baru kami sampai balik kat rumah mak mertua aku di Sungai Kechik. Seronok dapat lepak dengan family mertua sebab semua orang sempoi dan memang boleh buat geng, tp bukan geng bas sekolah yer..hehehe

Wednesday 9 May 2012

His 1st Month Birthday - 16 June 2011

Posted by Hajar Ishak 0 comments

Tuesday 8 May 2012

Pergi Over The Sea...

Posted by Hajar Ishak 0 comments
Last weekend, bawak si kecik irfan jalan jalan oversea..hehehe..seberang pulau ja kot..ke pulau jerejak ja sebenarnya. Sebab aku dah beli groupon voucher for 1 night stay dekat Jerejak Resort and Spa dah tarikh akhir kena guna voucher adalah by june 2012, kami pun meluangkan masa dah diri untuk kesana. Sekali sekala bercuti, tenangkan jiwa, ok la kan?
Kami bertolak lepas solat zohor, singgah Mc Donalds Sungai Dua kejap untuk beli makanan petang sebagai bekal, dari review yang aku baca, memang outside food not allowed. Tapi kalau dah sampai kat pulau tu, mesti tak banyak pilihan gerai makan, sebab pulau jerejak ni kecik ja. So, kami decide untuk beli dah sorok dalam beg baju.
Sampai kat jeti, tunggu sekejap ja, bot dah sampai, this is the first time si kecik irfan naik bot, makanya, dia sedikit gementar..umi pun gementar jugak..so, tak boleh nak amik gambar sebab dia sibuk nak peluk umi dengan abah. Dalam 10-15 minit naik bot, kami sampai ke jeti pulau jerejak, jalan nak ke resort agak jauh, berpeluh ketiak jugak la, dengan nak kena kendong irfan lagi. Menyesal tak bawak stroller. Proses Check In agak effisyen, cepat dan mudah, kena bayar refundable deposit RM50. Dapat welcome drink, tapi kena jalan sendiri pi minum kat cafe Santapan.
Irfan fokus pada straw welcome drink tu

Kami dapat bilik tingkat 1, so kena memanjat tangga untuk ke bilik.
Area lobi tingkat bawah

Bilik agak selesa keluasan nya, tapi curtain dan blanket sedikit berhabuk, sampai aku nak kena selsema di buatnya. Bila check kat Bathroom, ada 1 ja towel bersih. Kami ada call mintak lagi 1 towel tapi tak di hantar,sampai ke esokkan hari pun, towel tu tak sampai sampai jugak.
Model tilam
 
Lepas makan bekalan, Irfan dgn abah irfan tido, umi bosan sorang sorang, jenguk kat luar tingkap nampak ada wall climbing punya facilities. Pulau Jerejak ni sesuai untuk orang yang suka aktiviti outdoor sebab ada jungle trekking, cycling, wall climbing, jambatan gantung dan aktiviti2 lain. Memang sesuai untuk team building. Boleh juga jalan jalan melawat historical building tapi kena ada minimum 5 orang untuk pi, so, family kami tak layak ler. Lepas Irfan bangun, kami keluar jalan-jalan dan melawat kawasan.
Naik jongkang jongket dengan muka baru bangun tido
Posed kat gelongsor, naik main tak reti lagi.
Refleksiologi Walk
Sunset, tapi ada awan lindung matahari
Sunset baby
The pool

Lepas maghrib, kami jalan jalan cari dinner, dinner kat resort ni memang tak banyak pilihan, tapi sebab lapar, kami makan jugak kat situ. Sajian dinner adalah secara buffet, Bila dibanding kan menu dan harga, memang sedikit mahal. Menu buffet yang kos nya RM38 sorang :
  1. Nasi
  2. Keow teow goreng yang plain
  3. Ayam masak kicap pedas
  4. Daging kambing masak rempah
  5. Taugeh goreng
  6. Spageti (yang keras)'
  7. Sausage
  8. Apple ijau campur mayonis
  9. Dessert - beberapa jenis agar agar yang simple
  10. Minuman 

Malamnya tak ada aktiviti, just jalan jalan dan lepak lepak.
Lepak tepi swimming pool

Esok harinya, kami turun breakfast around 9 pagi. Pilihan buffet breakfast adalagh lebih banyak dari pilihan buffet dinner yer. Tapi sebab breakfast ni complimentary sekali dengan pakej groupon, kami tak perlu bayar extra charges la.

Lepas makan, bawak irfan jalan2 sikit, masuk kids room. Tengok mainan macam takut nak bagi irfan main, di ragui kebersihannya..hehehe..
Pukul 1130 kami check out, dan pkul 1230 naik bot balik ke Pulau Pinang dari Pulau Jerejak.
Penumpang tunggu bot.
Si kecik tido dalam bot on the way nak balik.

Itu lah saja perjalanan oversea kami. Gambar sedikit tak berkualiti atas alasan bukan DSLR dan photographer nya tidak bertauliah.


Sunday 6 May 2012

Irfan dan Pasta

Posted by Hajar Ishak 0 comments
First time buat pasta untuk irfan, 1st suapan dan 2nd suapan, dia makan macam sedap ja. Lepas tu mula la buat hal, tutup mulut rapat2 sebab tak nak makan dah. Jenuh duk suruh dia nganga, tapi mission failed, so terbukti dengan nyata, tekak anak saya bukan selera western food buat masa sekarang. Dah tu, pandai buat buat nak muntah pulak bila kita paksa dia makan jugak. Banyak akaiiii..
Dah nak suap sendiri pulak..

Asyik mencedok tapi tak suap ke mulut pun

Pasta!

Friday 4 May 2012

Teratak Sewa

Posted by Hajar Ishak 0 comments
Sejak February 2012,kami dah start menyewa dalam island,makanya aku dan irfan tidak lagi meredah penang bridge untuk ke USM. Nursery irfan memang kat dalam USM ja. Kami decide untuk menyewa dekat Gambier Heights Penang,yang distance nya only 5 minutes driving to reach USM. Bahagia betul rasa bila office dekat dengan rumah, tapi kami tetap rindu rumah dekat Sungai Bakap tu. Rindu kat pekan kecik yang best sangat. Rindu dekat 'Kot char keow teow' yang best kat situ. And most of all rindu kat rumah teres yang tak payah naik lif untuk masuk dalam rumah. Rumah sewa kami ni tingkat 20, jenuh jugak tunggu lif nak sampai atas kayangan tu.
View Dari Dalam Lif


Balcony ni boleh nampak sunrise dan Penang Bridge

From our master bedroom, boleh nampak USM
Utilities area
3 bedrooms
Fridge antik, dah 27 tahun berbakti ni.
Irfan punya playing area
Ini dia ummi's little helper, selalu nak tolong check kabinet ummi.



 

My Little Pink Book Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal