Thursday, 3 May 2012

Ohhh HFMD...

Posted by Hajar Ishak
Last 2 weeks, my baby was diagnosed with Hand, foot and mouth disease (HFMD). Tapi irfan kena yang very mild, he don't even have a fever.
Alhamdulillah, sekarang dia dah sembuh sepenuhnya.
Mulanya i thought it was a normal rashes, sebab irfan tak dapat demam dan tak merengek pun. Cuma ada satu malam tu, dia tak boleh tidur, dia meragam sikit, tapi bila aku check suhu badan dia, normal dan tak demam, jadi aku pun tak anggap benda tu serius. Keesokkan hari, lepas ambil irfan dari nursery, aku perasan ada rashes yang berlepuh pada tangan dan lutut dia, tapi tak banyak. Esoknya memang irfan tak ke nursery sebab ada mak aku yang nak tolong jaga dia kat rumah.

2 biji kecik yang naik pada tapak tangan

Aku masih ingat itu normal rashes dan just sapu calamine lotion untuk hilangkan rashes tu. Then, after get back from work on the next day, aku try belek dalam mulut dia. Sekali bukak ja mulut dia, dah nampak ada macam ulser dalam mulut.
Aku mula rasa takut dan terus ajak mak aku bawak dia ke Toong Children Specialist.
The doctor confirmed that my baby already infected witd HFMD, waktu tu rasa takut yang teramat sangat . But the doctor explaination did calm me down, ada a few facts yang aku take note :
  1. Mesti jaga kebersihan, always wash your hands and your baby hands.
  2. Jangkitan ni merebak melalui cecair seperti air liur dan najis.
  3. Ulser dalam mulut akan hilang dalam masa 7 hari.
  4. Rashes pada kaki ,tangan dan bahagian lampin akan hilang dalam masa 10 hari.
  5. Kuman tersebut akan berada dalam najis bayi selama lebih kurang 3 bulan, jadi kebersihan sangat penting, mesti basuh tangan bersih2 lepas cuci poo poo baby.
  6. Bayi adalah selamat sepenuhnya untuk ke nursery selepas semua ruam pada badan hilang.
Doktor tak bagi antibiotik pun, sebab memang dia akan baik sendiri. Kebetulan hari tu abah irfan kena outstation, actually dah 3 hari abah irfan tak ada kat rumah masa tu. Cuma ada mak aku yang teman kami dan kebetulan malam tu memang mak aku dah plan nak balik rumah dia dah. So, malam tu tinggal la kami berdua mengharungi HFMD.Tapi Alhamdulillah, irfan kena yang very mild dan dia sangat cepat recover. Ulser dalam mulut dia hilang dalam masa 1 hari, lepas letak ubat titik yang doktor bagi tu, he did recover faster. Ruam pada badan hilang dalam masa 7 hari jugak la. So, irfan memang tidak ke nursery dalam masa hampir 2 minggu untuk elak jangkitan pada baby lain.
rashes pada lutut selepas di sapu ubat

Walaupun irfan mendapat dugaan ni, aku tetap bersyukur pada ALLAH kerana irfan sembuh dengan cepat.

Dan ini irfan yang sedang di grooming oleh abah irfan..hehehe..1st time kuku irfan di potong waktu dia tengah berjaga, selalu nya ummi dia potong waktu tido sahaja. Irfan duduk diam ja tengok kuku dia dipotong. Dah besar rupanya anak ummi ni. 




0 comments on "Ohhh HFMD..."

Post a Comment

 

My Little Pink Book Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal