Tuesday 15 January 2013

Jalan-jalan @Cameron Highlands

Posted by Hajar Ishak 2 comments
Bulan December lepas, kami ke Cameron Highlands. Sengaja pi bercuti? Pastinya TIDAK... Abah Irfan ada bengkel 3 hari di sana, dan dia dibenarkan angkut family, aku pun dengan hati terbuka, angkut la mak dengan ayah aku sekali. Bukan apa, jarang-jarang sangat mak dengan ayah dapat bercuti, ni memang kesempatan terbaik la memandangkan duit minyak + tol + penginapan di tanggung sepenuhnya oleh company.
Ini kali kedua Irfan ke Cameron Highlands, kali pertama nya masa umur dia 5 bulan rasanya.
Kali ni kami angkut sekali anak sedara aku, Izz Airyl join kami ke sana. Yang sebenarnya, Izz balik Penang sebab nak duduk rumah tok dengan tokwan, mama dengan ayah dia tak ikut sama.
So, bila Izz dah ke Cameron, kena la abang ipar aku bawak kakak aku  ke Cameron sama-sama bercuti dengan kami, lepas tu boleh la Izz ikut ayah dengan mama balik ke KL. Best kan?
Irfan + Ummi +  Adik Baby(dalam perut)

Irfan +  Tok + Maksu +Tok Wan + Abang Izz

Strawberry..yummy..

Irfan dan Tok

Budak 2 orang ni macam adik beradik kan?

 ** gambar orang yang menghadiri bengkel tiada kerana sibuk berbengkel sementara keluarga dia bersuka ria..hehe..**

Monday 14 January 2013

Bila Semuanya Perlu Diselesaikan Serentak....

Posted by Hajar Ishak 0 comments
My life is a mess...
Memang serabut sangat sekarang ni. Patut kami pindah rumah baru before 31 Jan ni sebab kontrak rumah sewa kami akan berakhir bulan ni, tup..tup.. abah irfan dapat duty call, kena pi kursus for 10 weeks starting 20 Januari nanti.
Masalahnya rumah under renovation lagi, sliding door pun belum pasang lagi.
Barang dah kena pindah sebelum 20 Januari sebab kalau tak pindah sekarang, memang tak mampu la ibu mengandung ni nak angkat sorang-sorang nanti.
Kontraktor rumah pulak memang dah janji nak siapkan on time, tapi sampai hari ni progress duk macam tu jugak.
Tekanan perasaan kami bila tiap-tiap kali pi jenguk rumah tu.
Orang pasang wondow grill pun tak buat- buat lagi grill nya. Masa bagi deposit hari tu beria kata boleh siap cepat.
Semuanya serba tak kena sekarang ni, kerja kat office pun bertimbun nak buat, balik rumah kena packing barang lagi.
Abah Irfan ambil cuti this whole week, tapi aku tak mampu nak ambil cuti sebab kerja aku ni bertimbun - timbun. Badan aku ni pulak, asyik sakit sendi ja memanjang, tak pasti vitamin apa yang kurang..huhu..Hopefully my baby is doing fine inside my tummy.

Ya Allah, berilah kami kekuatan..
 

My Little Pink Book Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal