Tuesday, 25 September 2012

Small Dream Comes True.

Posted by Hajar Ishak 2 comments
Last time, aku ada tulis entry pasal mimpi-mimpi indah nak beli trunkie untuk Irfan. Lepas baca entry tu, Abah Irfan bagi green light suruh pi beli trunkie tu kat Peekaboo Baby Shop area Medan Relau kat Bukit Jambul.
Dengan sukacita dan gembira aku pun pi la survey harga trunkie kat situ, kebetulan memang ada sales, so, satu trunkie yang tak bercorak boleh dapat dalam RM179, kalau bercorak RM199.
Aku tak beli pun masa tu sebab masih ragu-ragu dengan pelaburan aku untuk beli trunkie ni.
Tetiba satu hari, officemate aku bagitau, ada deal dekat Streetdeal.com untuk trunkie idaman hati aku tu.
Bila browse tengok, harga dia RM139 untuk yang bercorak pulak tu, aku pun apa lagi, terus beli la..hahaha.. lepas beli tu punya la gumbira sebab dapat dengan harga yang sangat berbaloi.
Voucher untuk trunkie dari streetdeal.com
Tapi nak tunggu barang diskaun ni sampai punya la lama, lebih dari sebulan kot. Sampai aku emel tanya status kat company tu, dia reply bagitau yang barang masih sangkut pada kastam, tu pun lepas 3 minggu dari tarikh delivery baru la dia nak hantar emel untuk makluman.
Apa-apa pun, lega tengok benda ni sampai, sebab dalam hati dah rasa macam nak kena tipu. Alhamdulillah, masih rezeki aku.
Fresh from the Courier van
 Dan inilah pemilik sebenar trunkie ni, ummi dia cuma tumpang berangan nak beli ja.


Friday, 21 September 2012

They're cousins!

Posted by Hajar Ishak 0 comments
Sharing their moment together..
Irfan nak ambil kereta mainan dari tangan Izz

Izz said "Tak boleh, ni Izz punya!"

Irfan cry sebab frust tak dapat ambil mainan Izz

With their favourite aunt - anjang!

Thursday, 20 September 2012

His First Smart Camp!

Posted by Hajar Ishak 0 comments
Tajuk macam betul ja budak kecik tu ke smart camp,kan? Bukan la smart camp yang macam kat sekolah tu. Smart camp ni anjuran Enfagrow A+ Formula Milk. Dia cuma ada few games untuk budak-budak ni main,lepas tu dia bagi free gift untuk budak-budak tu. Kebetulan hari tu lepas maghrib kami ke Queensbay nak guna voucher Levi's given by abah irfan's best friend,mulanya kami lalu ja tengok smart camp tu,malas nak masuk bagi Irfan main sebab tengok semua budak-budak besar ja yang tengah main. Lepas pilih seluar,kena tunggu potong dalam 20minit,kira memang dah lewat la masa tu. Around pkul 1030 malam kami lalu balik ke smart camp tu, sekali tengok dah tak da budak main,kami pun bawak la si kecik tu try. He had fun jugak la sebab dapat free gift belon tu. Seronok dapat bagi Irfan cuba games kat situ,macam sesuatu yang baru for him. Next time kalau ada lagi benda-benda macam ni memang i'm willing to let him try.

Wednesday, 19 September 2012

Bila Novel Di Drama kan....

Posted by Hajar Ishak 0 comments
I used to be a novel reader, sekarang ni dah tak sempat nak baca sebab sebuk entertain anak. Masa zaman muda remaja (sekarang muda dewasa), aku memang tak akan lepaskan peluang beli setiap novel tulisan aisya sofea, pantang keluar yang baru, cepat ja aku beli. Sebab baca novel dia sangat la syok!
So, bila astro mustika HD nak tayang drama adaptasi novel adam dan hawa dari aisya sofea ni, aku dah tak senang duduk. Tergedik- gedik dalam hati macam budak remaja bercinta sebab nak pasang astro. Sebelum ni memang rumah kami tak da astro sebab kami tak rasa ianya satu keperluan. Tapi, memang la ada rejection dari abah irfan bila aku keluarkan usul nak pasang astro dalam family board meeting kami. Tapi, sebab aku willing nak bayar astro guna duit aku, abah irfan has no objection. He agreed(At last!).
Maka, terpasang la astro beyond HD kat tv rumah aku yang TAK ber HD sebab tuan dia eager nak tengok cerita adam dan hawa. Nasib baik la cerita tu berbaloi tengok setakat ni, kalau tak berbaloi, memang aku kena tanggung cost kerugian la.

Ini dia tv kami, aku confirm tv ni sangat bangga dapat subscribe astro beyond HD.
Irfan's watching The Lorax

Wednesday, 12 September 2012

Pot Luck Raya @ Office

Posted by Hajar Ishak 0 comments
Memang dah jadi aktiviti tahunan untuk bilik programmer kat office aku ni buat pot luck (betul ke ejaan aku ni? ) tiap tiap kali lepas raya. Untuk tahun ni, kami buat last monday, memang selalu buat hari isnin la sebab hari ahad ada masa nak prepare bahan-bahan nak masak. Tahun ni menu aku sama dengan menu tahun lepas, nasi tomato.Tapi bukan lah satu set nasi tomato tu. Aku buat nasi je, lauk nya orang lain buat. Seronok kan? kerjasama gitu.. Bila dah petang, boleh bungkus leftover untuk bawak balik makan kat rumah, sangat la seronok sebab tak payah nak masak dinner dah malam tu. Best sangat event of the year ni tau..

Menu

Tuan rumah

Tuan rumah lagiii

Tetamu jemputan

Wednesday, 5 September 2012

Jalan-Jalan Zoo Negara

Posted by Hajar Ishak 0 comments
Sepatutnya abah irfan kena outstation ke KL masa Merdeka Holiday last week. Alang-alang dia nak ke KL, aku pun ambik cuti dan join abah irfan ke KL untuk beraya kat rumah kakak aku. Tapi bukan KL la sebenarnya, sebab rumah kakak aku tu, rumah dia dekat area Bandar Teknologi Kajang. Cuma kena melalui KL untuk ke Kajang tu. Kami spend masa cuti dengan menjadi tetamu open house dan bawak budak-budak ke Zoo Negara. Budak 2 orang tu seronok sakan dapat jumpa, kejap main sama-sama, kejap gaduh sama-sama sampai kami tak terlayan.
Bergurau senda dalam kereta (maaf gambar tak clear)
 Zoo negara ni nak masuk tak murah sangat bagi aku, untuk mykad holder, RM20 per adult dan untuk mykid holder,RM 6 per child (3-12 years). Mungkin expenses untuk maintenance zoo ni tinggi kot. Tapi yang baik nya, senior citizen dapat diskaun.
Izz excited tengok giraffe
Yang ni irfan plak yang excited

The elephant
Dalam zoo ni jugak ada tram ride service, kena bayar RM3 per adult untuk mykad holder. Dia akan ada satu stop centre. Lepas tu boleh naik balik dari situ untuk ke pintu masuk semula. Kami naik tram 1 round, pastu boleh pulak rasa tak puas melawat kawasan, kami berjalan balik pusing-pusing zoo tu. Untuk yang datang dengan kids, memang semua pun bawak stroller. Mana la nak larat budak tu nak jalan pusing satu zoo tu kan? Aku pun rasa macam nak semput, apatah lagi la budak-budak tu.
Si Irfan tengah leka tengok singa
'Cat' kata irfan..boleh la..ini big cat..
Bird
Izz pakai tiger head di depan surau

Zoo dah tutup pagar pun kami tak reti-reti nak balik..
 Irfan tak kenal banyak sangat binatang lagi, yang dia kenal cuma fish,bird dengan cat( harimau pun dia panggil cat ). Aku memang nak bawak Irfan melawat zoo lagi next time, yang pasti before his 3rd birthday sebab nak masuk free. Lepas umur 3 tahun dah nak kena bayar. Kedekut bebenor kan?haha..untuk details pasal zoo negara, boleh refer sini!

 

My Little Pink Book Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal