Friday, 4 December 2009

Pizza..Pizza..

Posted by Hajar Ishak 2 comments
Hari ni Jumaat,break lebih lama daripada biasa.So,dengan semangat dah harapam.my friend and i went to have Pizaa.Nak jadi orang Italy la pulak.Mushroom soup agak pekat dan sarat dgn mushroom.Makan sikit ja pun dah rasa macam tak larat nak makan.Ice blended nya agak sedap tapi masih x bleh lawan Starbuck la.Sangat suka hari ni.Esok weekend, ada agenda yang padat.cheewaahh..

Pizza..pizza..pizza


ambik gambar!


makan makan..

Thursday, 3 December 2009

Nasi@Noodle Station

Posted by Hajar Ishak 0 comments
Nama Kedai : Noodle Station 
Menu Pilihan : Rice with Spicy Chicken


Amik gambar tisu..testing..testing..

Mangkuk mee Cik Aliza dan balang air..

Inilah dia..Nasi yang di makan kat Noodle Station
Macam mana leh makan nasi kat stesen mee??huhuhu

Wednesday, 2 December 2009

Induksi ohh induksi..

Posted by Hajar Ishak 0 comments
Baru lepas induksi.Induksi kat badan berkanun ni special sikit.Lepas seminggu induksi baru exam.Dalam masa seminggu tu la nak prepare, nak siapkan kerja kat office dengan nak siapkan assignment induksi.Tak ke pelik?Tapi terpaksa hadapi dan terima sebagai cabaran.Percubaan untuk lahirkan staf yang multitasking.Buku induksi yang di compile teramat la tebal.Tengok ja pun dah rasa penat.Belum baca lagi dah penat, sapa nak jawab tuh?hehehe..but still ada kebaikan,lepas induksi aku dah ter suka nak memupuk minat membaca balik..hahahaha..nak feeling macam 'back to the school' kot..hahahaha..

Buku..dapatkah aku mebaca mu?

Monday, 30 November 2009

Aidul Adha

Posted by Hajar Ishak 0 comments
Macam lama dah x jenguk blog ni..x sempat nak bersihkah sawang2 yang ada..hehehe..Hari raya korban yang sangat best.Dapat balik ke kampung mak aku,di Alor Setar.Makan sup daging korban.Alhamdulillah,sedap sangat.Balik Penang, bawa sorg anak buah dan sorg sepupu ke rumah aku katPenang.Petang kemarin,bawak dua orang budak kecik tu melawat pantai kampung nelayan.Aku sendiri pun terkejut tgk pantai tu,dah banyak berubah.Siap ada kedai seafood.Dulu masa aku kecik,kosong ja pantai tu.yang ada just pondok rehat nelayan ja.Sedar x sedar dah dekat 20 tahun aku tinggalkan zaman tadika aku.Zaman tu memang aku hari2 lepak kat tepi pantai tu.Rindu nya kat zaman tu!

2org budak kecik yg seronok ke pantai..

Saturday, 7 November 2009

'Work'

Posted by Hajar Ishak 0 comments
Kerja x akan habis selagi kita x mati kan?Hari ni Saturday and i am a government servant which means i should not be at the office today but here i am..writing my blog@my desk@office.Wishing for a better week next week.
Doa banyak2 agar semua keja ni selesai hari ni so that i can have a beautiful Sunday tomorrow.I'm waiting for a better tomorrow.

Friday, 6 November 2009

It's Friday..

Posted by Hajar Ishak 0 comments
Friday..shoud be my favourite day,sbb esok dah weekend kan?
tp..hari ni..pagi2 aku dah terpaksa mengharung jammed time nak datang keja.Ada eksiden(keta waja and van),so sampai agak lewat ke office.Huhh..spoiled my day kan?sampai office,turned on PC,tp PC plak buat hal.Kena restart berkali-kali.Sangat menyakitkan hati.Huhhh..life..life..

Friday, 30 October 2009

Coke Contour Glasses

Posted by Hajar Ishak 0 comments
Kegilaan ku terhadap gelas coke dah menyebabkan aku asyik singgah Mc Donalds walaupun x rasa mcm nak makan McD.Setakat ni baru ada 5 gelas.2 kat opis,3 kat rumah.Agak agak sempat tak nak kumpul sedozen?hmmm..gelas tu sangat menarik hati sampai aku asyik ternampak nampak ja gelas tu.hehehe..

Hopefully,aku akan sempat kumpul sebelum out of stock.

Thursday, 29 October 2009

I wish...

Posted by Hajar Ishak 0 comments
I wish i could do something to people whose been cruel to Palestine.
i wish i could live in beautiful bungalow with my parents.
I wish i could drive one big wealthy car.
I wish i could change my course.
I wish i could change my job.
I wish i could change the way my love one's thinks.
I wish i could forget the time my heart broken into pieces.
I wish i could change my feeling towards someone.
I wish i could always be there for my parents whenever they need me.
I wish i could find one great man to be my best friend's boyfriend so that he will never break her heart.

But all my wishes can't comes true because God want me to learn something while living so that I know what is the real meaning life.All those 'not coming true' wishes will keep me praying to my Creator.But,after all these while,I'm greatful with every single thing i already had in my life.ALHAMDULILLAH.

Monday, 26 October 2009

Kira Wang Sdn Bhd

Posted by Hajar Ishak 0 comments
Dah seminggu balik dari cuti2 Malaysia.Tp masih x sempat update blog sebab busy catch up keja2 yang di tinggalkan.And today,i have time to update this blog.
As i said,budget utk bercuti cuti tu hanya rm200 tapi x mampu nak ikut budget tu sebab banyak yang nak di try..
here's the list

Tambang
Penang-KL = RM35
KL-Muar = RM16
Muar-KL = RM16
KL-Genting = RM 9
Genting-Penang = RM20(selebihnya di sponsor)
Petrol ke JB = RM30
TOTAL = RM126

Makan

Lunch@Melaka = RM16
Lunch@Tangkak = RM10
Dinner@Melaka = RM20
TOTAL = RM46 **selebihnya di sponsor

Tour

EyesofMalaysia = RM10
TamingsariTower = RM10
MuseumSamudera = RM 3
Souvenier = RM30 ** i bought foods+keychains so that everyone can have it.
1stWorld@Genting= RM39 **Selebihnya di sponsor
TOTAL = RM92

Therefore,GRAND TOTAL = RM 264

Terlebih bajet RM64 but still dalam range RM200 - 300.Terima Kasih kepada pihak yang sponsor iaitu kawan2 ku.Tanpa anda siapa lah aku..I have so much fun!!
Melaka


A Famosa Resort


Muar


Tangkak


JB


Genting Highland

Tuesday, 13 October 2009

Nak Bercuti!!!

Posted by Hajar Ishak 0 comments
Lagi 2 hari aku nak bercuti-cuti Malaysia.ermm...destinasi bajet lebih sesuai kot..hahaha..I'm going to Muar this Thursday,duduk Johor until Saturday but on Friday aku akan berada di Melaka.Hari Ahad singgah Genting Highlands and hari Isnin balik Penang.Journey kali ni journey yang bajet nya ciput.I want to spend less than 200ringgit..Boleh ke???tambang p ja dah dekat2 RM50..hmmmm..just wait and see..

Sunday, 11 October 2009

Dinner Raya 2009

Posted by Hajar Ishak 0 comments
Semalam dah selamat berlansung dinner raya kelab PPKT 2009 @ Royal Hotel Penang.Makanan yang agak sedap,tp x sempat amik gambar banyak2.Ni je la pic yang sempat di amik..

Friday, 2 October 2009

New station@work

Posted by Hajar Ishak 0 comments
Lepas raya ada one big thing happen related to my work.Aku kena pindah tempat.Pindah bilik je pun.Tp new area,new neighbour,new environmet.Harap2 dapat sesuaikan diri dengan sebaiknya

Tempat duduk baru ku,depan sekali la,masuk bilik tu terus nampak muka aku

Tempat lama aku yang telah kosong..huhuhuhuhu..sedey nya..


Jabatan aku nak buat dinner hari sabtu minggu depan.So,tengahari tadi masa lunch kami pi melawat kawasan dinner.hehehehe..

Tempat : Hotel Royal
Area : Depan KFC Larut,Georgetown

Ni view lobi hotel tu.Kena naik tangga utk ke hall.

Ni view yg kita dapat tengok dari room.Level 12 kot nih..Beautiful Penang.

Ni bilik dengan king size bed.Rate?for customer yang ada event,rm150 with breakfast.

Friday, 18 September 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Posted by Hajar Ishak 0 comments
Selamat Hari Raya pada semua.Maaf Zahir dan Batin.
Jemput la datang ke rumah..hehehehe..
Semoga kita semua masih berkesempatan bertemu dengan Ramadhan pada tahun depan..Amiiinnn..

Sunday, 13 September 2009

Raya dah nak tiba...

Posted by Hajar Ishak 0 comments
Hari raya is coming..lebih kurang 6 hari ja lagi..Macam biasa,prepare my fav biskut raya..Almond London..

Sebelum di bakar

Selepas celup cokelat..

Berbuka hari ni dengan kueh koci.This is my first experience in making kuih koci.Tak reti nak balut.Asalkan bleh makan dah la..hahahah..
Inti kelapa dan kacang ijau..

Doh untuk membalut inti..

Sebelum di kukus..Jangan rasa pelik tgk balutan kuih ni sebab ini memang bukan balutan yang betul..aku hentam saja sebab tak reti nak balut.

Taadaaa...dah siap kuih koci pertamaku..selepas dikukus..

Wednesday, 9 September 2009

New Accessory

Posted by Hajar Ishak 0 comments
i just bought my first zhulian last week.hahaha..Sebelum ni aku mmg x berminat ngn barangan zhulian.Rasa mcm membazir.Tp,last week masa melawat umah maksu,dia promote barangan zhulian kat aku.Adeh..berpinau mata aku dgn all the accessories.Belek punya belek,at last aku amik gak satu necklace.Tp kaler white bukan yellow.Kalau di fikir-fikir kan aku amik tu bukan sebab berminat sangat tp aku memang ada masalah kalau org beria promote kat aku,aku akan 'ter'beli sebab x sampai hati mengenangkan semangat berkobar org tu promote kat aku.hehehe..apa salahnya,tolong org berniaga kan?

Ni la necklace baru i..hahahaha..


**mood xbrapa ok la hr ni..

Thursday, 3 September 2009

Neighbourhoods..

Posted by Hajar Ishak 0 comments
Dah 13 hari berpuasa.Malam ni malam ke 14.Cepatnya masa berlalu,sedar x sedar dah 2 minggu Ramadhan berlalu.Berbuka hari ni murah rezeki dengan juadah dari jiran sebelah umah.Ni la semangat kejiranan yang still kukuh kat area kampung aku ni,bak kata mat salleh,neighbourhoods.Jamu mata layan juadah berbuka malam ni.Sedap..

Mee ni akak sebelah umah yg bagi..Mee Kak Liza..

Keow Teow Sup ni from my cousin yang rumahnya sebelah umah aku..hehehe..

Yang ni plak Puding Sagu Gula Melaka..Idea nak buat puding ni dapat masa tengok blog A Lady's Tweet.hehehe..memang sedap btul la Ayu..suka sangat..

Kuih Muih ala kadar beli dari peniaga kuih yang datang.Popia goreng,Karipap,Tepung Talam dengan Cucur Badak.

Nasi Goreng Ikan Bilis,mak goreng special untuk berbuka.

Minuman Jus Tembikai tapi terlupa nak snap picture td..hehehe..

Monday, 31 August 2009

Juadah Berbuka di Hari Ulangtahun Kemerdekaan

Posted by Hajar Ishak 0 comments
Hari ni ulangtahun kemerdekaan negara.Semangat patriotik berkobar-kobar.Bila dikenangkan kembali pengorbanan pejuang tanah air untuk memerdekakan negara ni,rasanya tak terbalas jasa mereka.Aku memandang tinggi satu pengorbanan besar yang dilakukan oleh orang Melayu iaitu memberi hak kerakyatan kepada bangsa lain di atas tanah sendiri demi kemerdekaan.I'm so proud with my nation.Semoga keamanan yang ada sekarang akan terus kekal dengan izinNya.
Okay..Hari ni,nak bercerita pasal juadah berbuka sebenarnya..hehehe.

Hari ni mak masak laksa..yummy..

Agar-agar perisa Milo

Pulut Sekaya @ Seri Muka

Friday, 28 August 2009

Dah nak Ulangtahun ke 52 Merdeka

Posted by Hajar Ishak 0 comments

Lagi 3hari negara tercinta akan menyambut ulangtahun ke 52 Merdeka.
Merdeka tahun ni mungkin sambutan nya ada kelainan sebab disambut pada bulan Ramadhan.Apa kelainannya?We have to wait and see.Maybe no more fireworks and concert before midnight because the muslims should be at the mosque performing 'tarawih'.Kita tunggu dan lihat.

Tuesday, 25 August 2009

Nikmat Ramadhan

Posted by Hajar Ishak 0 comments
Bila time bulan puasa..kita lebih bersyukur dgn nikmat yg ALLAH beri.
Lepas berbuka sampai kekenyangan tahap x leh nak jalan,aku slalu terpikir,betapa besarnya nikmat yg ALLAH beri kat aku ni..makan kenyang sampai x larat jalan,ada org kat luar sana yg menahan lapar dahaga setiap hari..so,sepatutnya aku bersyukur,xleh komplen2 pasal duit xda nak shopping..Sbb ALLAH dah bagi nikmat yg banyak kat aku..hehehe..sesi tazkirah jap..

So,hidangan ramadhan tahun ni lebih sederhana sebab x nak membazir,mak aku choose to cook in small amount and variety choices of food.So,makan itu sikit,makan ini sikit.Akhirnya kenyang la.hehehehe..layan pic kat meja makan aku utk berbuka..

Ni lauk untuk dimakan bersama nasi ayam

View meja makan..Today's Special Recipe : Nasi Ayam

Thursday, 20 August 2009

Selamat datang Ramadhan

Posted by Hajar Ishak 2 comments
Ramadhan dah nak tiba.What is a 'must' before Ramadhan?

1. Ucapan syukur pada ALLAH yang beri aku peluang menyambut Ramadhan pada tahun ni

2. Bermohon maaf dengan my parents dan orang sekeliling termasuk la yang tengah baca entry ni skang.Maaf dipinta andai ada salah dan silap.

3. Prepare telekung dan beg untuk ke Terawih.Harap2 dapat la join terawih banyak hari tahun ni.

4. Breakfast Nasi Lemak dekat Medan Suri..yummy..

5. Makan Mee Sizzling di Tesco Jelutong.

6. Beli Kurma Yusoff Taiyob kat pasar malam.Sekotak RM 12.

Semoga Ramadhan kali ni memberi seribu rahmat, keinsafan dan keberkatan kepada diri ini..

SOP and Documentation

Posted by Hajar Ishak 0 comments
Last few days sibuk ber'workshop' siapkan Standard Operating Procedure dan Dokumentasi Sistem untuk semua sistem yg ada dalam unit.Benda tu masa study dulu buat dalam masa 1 semester@5 bulan.Tetiba kali ni nak kena buat within 3 days.Berbeza nya alam kerja dan study bagai langit dan bumi..huhuhu..Semua org struggle untuk siapkan benda tu dalam masa 3 hari.Team works memang berkesan.At least 80% of the process is done.Tinggal nak compile dgn filing ja.Today, baru la aku merasa duduk on my chair dan mengadap my PC yang slalu pening pening lalat ni.What is my feeling right now??? I feel like wanna go to Genting Highland..can i??

Laptop2 yg banyak membantu 'in the making' of SOP and documentation

Meja yg penuh serabut dgn benda2 tak berkaitan..

Sunday, 16 August 2009

Ahad=Hari Makan2

Posted by Hajar Ishak 0 comments
Sunday morning,I'm doing some laundry and my mom was busy cooking.Today's special recipe,Laksa Penang.Then,she continue cooking some 'Bubur Pulut Itam'.Maybe hari ni rezeki family kami murah,my cousin a.k.a my neighbour hantar semangkuk spageti.Nampak sangat menyelerakan.Sampai masa tgh tulis post ni,aku xsempat nak rasa spageti tu sebab perut terlalu kenyang makan laksa.

Laksa Penang..ntah berapa mangkuk dah aku makan..hehehe..

Bubur pulut itam yang masih dalam periuk..

Spageti from my cousin..

Thursday, 13 August 2009

Musim Konvo

Posted by Hajar Ishak 0 comments

Hari ni jenguk Aliza yg tengah bersiap siap untuk majlis konvo kat Lecture Hall J.Dia nampak sungguh gumbira,tersengih sepanjang masa.Masa tengah sembang dgn Aliza,tetiba muncul classmate aku masa tahun 2000,Hartini.Lama x jumpa dia.She looks the same.I think we didn't get to see each other for more than 7 years.Lama kan?Hari ni jumpa pun x sempat nak sembang lama sebab dia tengah busy nak pakai jubah dgn hood.Walaubagaimapun,still sempat snap 1 picture.hehehe..perkara wajib tu..

Walaupun dalam kemeriahan konvo,masih x lupa pakai mask.Kes H1N1 semakin menjadi jadi kat Malaysia.I play my part,pakai mask kat tempat yg sesak to prevent myself from the virus.Tengok kemeriahan konvo ni,it reminds me zaman aku muda2 dulu,masa tengah seronok meraikan hari konvo..Main lambung2 mortar board.hmmmm...I miss the old days.Waktu tu hidup ceria cerian.Kurang masalah macam sekarang ni.But still,I appreciate what I have now.I'm Grateful.ALHAMDULILLAH.
 

My Little Pink Book Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal