Thursday, 29 August 2013

My 2nd Experience

Posted by Hajar Ishak 0 comments
Faheem Yunus dah 3M+, sekarang baru ummi terasa nak cerita pasal kelahiran Faheem. Masuk 39weeks, aku dah tertunggu - tunggu bila adik baby dalam perut nak bagi signal nak keluar melihat dunia.
So,on the day aku kena check up untuk 39weeks tu, aku ambil cuti. Pagi tu aku di serang sakit perut siap cirit-birit, so aku pi check up petang,lepas rasa lega sikit sakit perut.
Nurse yang kat klinik desa tu pun duk tertanya tanya bila la adik baby ni nak keluar.
Tapi lepas check up tu aku dah rasa semacam, bila nak bangun lepas duduk dah ada rasa mcm mild contraction tapi masih buat tak tau sebab boleh tahan lagi. Masih boleh tidur malam tu.
Esok paginya, masa subuh, tengok ada show dah. So, terus ajak AIF pi Maternity Hospital sebab takut jammed nanti susah pulak sebab pagi-pagi weekdays ni memang jammed la jalan nak ke MH tu.
Sampai MH, doktor check, baru 1cm.
Pastu dia bawak pi amik graph jantung baby, tengah tunggu graph siap, tak dak elektrik la pulak kat MH tu. Dah kena ulang balik tunggu graph tu siap.
Lepas tu, gynae masuk tanya aku rasa sakit yang macam mana. Pastu dia mintak aku balik dulu, kalau dah start contraction yang betul-betul baru mai MH balik.
Aku pun dengan hati girang balik ler rumah. AIF pulak p keja macam biasa. Lepas maghrib ja aku dah start rasa contraction yg regular, every 30mins. Sampai pukul 930pm, aku dah tak tertahan sangat, terus siap nak ke MH. Sepanjang perjalanan memang menahan sakit yang teramat.

Kronologi nya
  • Sampai hospital around 1030pm, check dah 4cm
  • Jalan sendiri masuk labor room around 11pm
  • Tunggu nurse pasang alat itu ini sambil duk menahan sakit sebab masa tu dah 8cm
  • 1130pm nurse panggil AEF masuk, tu pun lepas aku yang ingatkan nurse tu pasal husband aku 
  • 1206am  - Alhamdulillah, aku berjaya lahirkan seorang lagi hamba Allah ke dunia. 

Apa yang jadi dalam labor room dari 1130pm sampai la around 0200am, tak mungkin aku lupa kot. Itu harga untuk jadi seorang ibu, so kena hargai ibu sendiri. I love my mom!


Ibu mengandung sarat 9 bulan bersama anak sulungnya

Wednesday, 28 August 2013

Backdated Story..

Posted by Hajar Ishak 0 comments
Sejak jadi mak beranak 2 ni memang malas yang teramat nak update blog. Rasa macam tak cukup masa ja selalu. Tapi rasa macam nak story gak cerita ni kat blog supaya nanti bila dah terlupa boleh belek-belek blog dan cari memori..hahaha..short term memory loss aku memang critical, semua benda aku lupa.
Aku dah start masuk office after 3 months maternity leave. Mencabar sungguh duk umah jaga 2 orang budak. Memang aku sangat kagum dengan orang-orang yang jadi SAHM dengan anak yang lahir rapat-rapat ni. Tak menang tangan aku dibuatnya dek budak 2 orang ni.
Eh, panjang nya mukadimah....
Sebenarnya nak story pasal budak Irfan ni jatuh masa kami nak ber shopping raya kat sunshine on 26July. Tengah aku belek-belek baju sambil dukung Faheem, dengar la ada budak kecik menangis, suara macam kenal.
Aku pun pi la tengok kat tempat kejadian. Rupanya dia dah terjatuh sebab ngamuk nak main mainan atas rak display mainan kat sunshine tu. Berdarah-darah atas bibir dia, aku ingatkan hidung dia yang berdarah, so macam tak panik sangat la sebab dia memang pernah berdarah hidung sebab jatuh.
Sekali tengok, rupanya bahagian atas bibir dia dah luka terbelah. Berderau gak la darah masa tu, terus tak jadi ber shopping, angkut semua pi hospital pantai.
Dah ler masa tu adik aku ikut sekali nak bershopping, dia siap bawak anak dia lagi. Semua kami berangkat ke hospital, tak jadi shopping. Sampai ER pantai, Abah Irfan (mungkin patut tukar jadi AIF - abah irfan dah faheem..haha) yang temankan Irfan, aku tak leh nak teman sebab ada Faheem.
Risau gak takut jangkit kuman bukan-bukan dari ER  kat Faheem plak nanti. Lepas doktor ER tu check luka Irfan tu, nurse suruh isi borang nak admitted, sebab kena jahit.
Memandangkan dia budak, dia kena bius sampai tidur baru jahit. Aku dah serabut nak pikir Irfan lagi, nak fikir Faheem lagi kalau Irfan admitted.
Nurse call doktor specialist suruh  masuk ER tengok Irfan, sekali specialist tu kata tak perlu jahit, letak gam ja, nanti luka tu bersambung balik. Alhamdulillah, lega sangat masa tu. Terus aku mintak nak cancel admission masuk ward tu.
Luka tu ambil masa dekat 5 hari gak nak kering betul dan parutnya masih ada sampai sekarang.
Sedih tauuuu..kurang hensem dah anak ummi. Tapi ummi bersyukur sebab bukan kecederaan serius.
Pesakit sedang meninjau kawasan dalam ER

Close Up luka lepas bangun tidur the next day (abaikan muka basi dia)

Ini FAHEEM (tak berkaitan dengan this entry )



Monday, 17 June 2013

Mother of 2!

Posted by Hajar Ishak 0 comments
I'm a mother of 2 boys(lap peluh kat dahi..huhu) since 23rd  May 2013. My 2nd child selamat  melihat dunia pada jam 1206am on that day. Sesetengah orang kata anak  kedua lebih mudah bersalin tapi pada aku, yang ke2 ni lebih tough lagi. Apa2 pun aku tetap bersyukur dengan kurniaan dari Allah ni. Alhamdulillah dengan kelahiran yang selamat dan sihat. Cuma sekarang, tengah berjuang melawan jaundice,2 hari lagi  nak kena ke GH untuk dapat keputusan darah yang diambik 2 minggu lepas, mudah mudahan tak ada apa2  masalah,InsyaAllah.


And this is Mr Faheem Yunus 30 minutes selepas kelahiran..
 Ini Faheem dan Abang Irfan..


Thursday, 16 May 2013

Happy 2nd Birthday My Little 'Irfan!

Posted by Hajar Ishak 0 comments
Yang sebenarnya mood nak blogging memang ke laut. Tapi sebab ni event setahun sekali, kena gak buat entry for his birthday.
Hari ni genap 2 tahun umur 'Irfan, counting days to meet his adik baby inside my tummy. Moga anak ini membesar jadi mukmin sejati yang beriman dan sentiasa mendoakan kesejahteraan kedua ibu bapa.
Birthday cake petang ni baru aku nak pi cari. Kalau ada yang gambar ultraman or upin ipin mesti budak tu suka. Tapi sebab last minute, aku duk nampak kedai secret recipe je la.
Pagi tadi, bawak birthday packs untuk distribute kat kawan-kawan di taska.
Untuk kawan-kawan kat taska.

Dan pagi tadi jugak, birthday boy dah pecahkan screen handphone ummi. Oh My Irfan! Ummi nak mintak ganti iphone5 dari abah!
Retak seribuuuuuuuuuuuu handphone ku!


To my 'irfan,
Ummi loves you so much! walaupun ummi suka bebel and said NO to almost everything yang 'irfan buat, but deep in my heart, tak pernah ada rasa marah pun. I am a proud mother of you (pandai menari chicken dance pun ummi dah bangga gila kot!). Ummi doakan anak ummi ni sentiasa di beri kesihatan oleh Allah dan membesar menjadi orang beriman. Aminnnnnn.

Thursday, 11 April 2013

Family Gathering..

Posted by Hajar Ishak 0 comments
Hujung minggu lepas, family sebelah abah irfan planned nak buat BBQ tepi pantai Batu Feringghi. Bila tiba harinya, hujan turun sepanjang hari pulak. So, sebelah siang memang tak dapat nak ber BBQ. Cadangnya nak BBQ tepi pantai depan hotel ja, tapi bila dah malam hari, gelap gulita la pulak. Macam tak sanggup nak berkelah dalam gelap tu. So, penganjur a.k.a adik ipar aku dengan baik hati telah cari satu lagi chalet kat tepi pantai. Jadi dapat lah kami ber BBQ di tempat berbumbung sebab hujan still renyai-renyai lagi walaupun dah malam. Yang paling happy dalam trip ni mesti lah kanak - kanak bawah umur tu. Jenuh jugak la nak control budak-budak ni. Alhamdulillah BBQ berjaya di jalankan dengan selamat sampai aku tak sempat nak snap gambar makanan tu semua.

Irfan mandi manda swimming pool dengan cousins
Main pasir on Sunday Morning!
Gempur Tesco masa lunch..
Abah bawak Irfan horse riding
Seronok sangat family gathering ni. Tapi aku tak snap gambar bilik hotel yang kami stay tu,sebijik macam ni la rupa biliknya. Gambar ni di ambil dari website Bayview Beach Hotel

Family Suite

           
Ada dua bilik dalam family suite ni..  




Wednesday, 20 February 2013

Orang Malas...

Posted by Hajar Ishak 0 comments
Lama sungguh tak jengah blog ni. Baby dalam tummy pun dah masuk 26weeks, sungguh aktif dia swimming kuak lentang dalam perut ummi. Sekarang ni kami satu family tengah menumpang kat rumah mak aku sebab rumah kami tak siap-siap lagi renovate. Abang to-be, si Irfan dah banyak progress sekarang. Dah pandai cakap macam-macam, kekadang rasa macam tak percaya the tiny little baby yang keluar dari perut aku 1 tahun 9 bulan yang lepas dah besar dan sangat independent sekarang.
Barang - barang untuk unborn baby belum start beli lagi. The best part is, kena start beli semua balik sebab barang Irfan semua aku dah bagi orang..hehe..pastu sekarang ni tengah buat kira-kira dan bajet untuk baby. Moga Allah jauhkan aku dari sifat membeza-bezakan anak. Kalau boleh, nak bagi adil semuanya. Tak nak ada yang kurang pun untuk baby. Mungkin dah masuk 28weeks nanti, ummi akan start beli sikit-sikit barang untuk baby. Just wait..ok,baby?

Ini si dia pengarang jantung!


Tuesday, 15 January 2013

Jalan-jalan @Cameron Highlands

Posted by Hajar Ishak 2 comments
Bulan December lepas, kami ke Cameron Highlands. Sengaja pi bercuti? Pastinya TIDAK... Abah Irfan ada bengkel 3 hari di sana, dan dia dibenarkan angkut family, aku pun dengan hati terbuka, angkut la mak dengan ayah aku sekali. Bukan apa, jarang-jarang sangat mak dengan ayah dapat bercuti, ni memang kesempatan terbaik la memandangkan duit minyak + tol + penginapan di tanggung sepenuhnya oleh company.
Ini kali kedua Irfan ke Cameron Highlands, kali pertama nya masa umur dia 5 bulan rasanya.
Kali ni kami angkut sekali anak sedara aku, Izz Airyl join kami ke sana. Yang sebenarnya, Izz balik Penang sebab nak duduk rumah tok dengan tokwan, mama dengan ayah dia tak ikut sama.
So, bila Izz dah ke Cameron, kena la abang ipar aku bawak kakak aku  ke Cameron sama-sama bercuti dengan kami, lepas tu boleh la Izz ikut ayah dengan mama balik ke KL. Best kan?
Irfan + Ummi +  Adik Baby(dalam perut)

Irfan +  Tok + Maksu +Tok Wan + Abang Izz

Strawberry..yummy..

Irfan dan Tok

Budak 2 orang ni macam adik beradik kan?

 ** gambar orang yang menghadiri bengkel tiada kerana sibuk berbengkel sementara keluarga dia bersuka ria..hehe..**

Monday, 14 January 2013

Bila Semuanya Perlu Diselesaikan Serentak....

Posted by Hajar Ishak 0 comments
My life is a mess...
Memang serabut sangat sekarang ni. Patut kami pindah rumah baru before 31 Jan ni sebab kontrak rumah sewa kami akan berakhir bulan ni, tup..tup.. abah irfan dapat duty call, kena pi kursus for 10 weeks starting 20 Januari nanti.
Masalahnya rumah under renovation lagi, sliding door pun belum pasang lagi.
Barang dah kena pindah sebelum 20 Januari sebab kalau tak pindah sekarang, memang tak mampu la ibu mengandung ni nak angkat sorang-sorang nanti.
Kontraktor rumah pulak memang dah janji nak siapkan on time, tapi sampai hari ni progress duk macam tu jugak.
Tekanan perasaan kami bila tiap-tiap kali pi jenguk rumah tu.
Orang pasang wondow grill pun tak buat- buat lagi grill nya. Masa bagi deposit hari tu beria kata boleh siap cepat.
Semuanya serba tak kena sekarang ni, kerja kat office pun bertimbun nak buat, balik rumah kena packing barang lagi.
Abah Irfan ambil cuti this whole week, tapi aku tak mampu nak ambil cuti sebab kerja aku ni bertimbun - timbun. Badan aku ni pulak, asyik sakit sendi ja memanjang, tak pasti vitamin apa yang kurang..huhu..Hopefully my baby is doing fine inside my tummy.

Ya Allah, berilah kami kekuatan..
 

My Little Pink Book Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal