Tuesday, 15 January 2013

Jalan-jalan @Cameron Highlands

Posted by Hajar Ishak
Bulan December lepas, kami ke Cameron Highlands. Sengaja pi bercuti? Pastinya TIDAK... Abah Irfan ada bengkel 3 hari di sana, dan dia dibenarkan angkut family, aku pun dengan hati terbuka, angkut la mak dengan ayah aku sekali. Bukan apa, jarang-jarang sangat mak dengan ayah dapat bercuti, ni memang kesempatan terbaik la memandangkan duit minyak + tol + penginapan di tanggung sepenuhnya oleh company.
Ini kali kedua Irfan ke Cameron Highlands, kali pertama nya masa umur dia 5 bulan rasanya.
Kali ni kami angkut sekali anak sedara aku, Izz Airyl join kami ke sana. Yang sebenarnya, Izz balik Penang sebab nak duduk rumah tok dengan tokwan, mama dengan ayah dia tak ikut sama.
So, bila Izz dah ke Cameron, kena la abang ipar aku bawak kakak aku  ke Cameron sama-sama bercuti dengan kami, lepas tu boleh la Izz ikut ayah dengan mama balik ke KL. Best kan?
Irfan + Ummi +  Adik Baby(dalam perut)

Irfan +  Tok + Maksu +Tok Wan + Abang Izz

Strawberry..yummy..

Irfan dan Tok

Budak 2 orang ni macam adik beradik kan?

 ** gambar orang yang menghadiri bengkel tiada kerana sibuk berbengkel sementara keluarga dia bersuka ria..hehe..**

2 comments on "Jalan-jalan @Cameron Highlands"

Ayu on 16 January 2013 at 04:57 said...

Seronok tgk gambar2 hg di Cameron. Aku suka Cameron walaupun orang kata bosan atas tu. Suka pi jalan2 cari makan & tengok keindahan alam kat sana. Tp tak boleh duduk lama2, memang bosan :)

Hajar Ishak on 16 January 2013 at 08:21 said...

memang seronok kan? bleh relax2 kat sana, tapi paling lama pun 2 malam ja kot boleh tahan..hehehe

Post a Comment

 

My Little Pink Book Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal