Friday, 15 June 2012

Dugaan Untuk Kami

Posted by Hajar Ishak
Sejak hari Selasa lepas,Irfan di jaga oleh mak aku sebab dia kena jangkitan ruam. Kalau dalam bahasa doktor di panggil ruam la,tapi dalam bahasa orang kampung,di panggil kudis api. Hari ahad tu aku dah perasan dah ruam tu tapi sebab irfan tak garu-garu,aku pun ingat ruam panas ja.
Aku pun hantar dia pi nursery macam biasa hari isnin tu. Dalam pkul 10 pagi,nursery call mintak aku bawak irfan pi klinik,takut ruam tu berjangkit. Sampai kat nursery,rupanya dah ada 4 orang budak naik ruam macam tu. Doktor pun advice suruh duduk rumah untuk elak bayi lain kena jugak.
So, satu-satunya cara untuk aku tak perlu ambil cuti adalah hantar irfan ke rumah mak aku sampai ruam dia hilang. Tiap-tiap pagi kami bangun 5.45pagi, abah irfan hantar irfan pi teluk kumbar,dalam pkul 7.45pagi baru la abah irfan sampai balik ke rumah kami sebab jalan balik dari teluk kumbar sangat la jammed.
Walhalnya,kalau tak jammed,15minit perjalanan ja jarak rumah aku dengan teluk kumbar tu. Sebelah petang,lepas keja aku pulak pi ambik irfan balik,pukul 7.30malam baru dapat sampai rumah,sebab jammed jugak.
Letih betul kami minggu ni tapi untuk irfan,jammed di jalan sanggup ku redah. Alhamdulillah,hari ni ruam tu makin kurang. InsyaAllah,isnin depan irfan dah boleh ke nursery.
Susunan kereta jam 6 petang
Ruam kat pelipat lengan

0 comments on "Dugaan Untuk Kami"

Post a Comment

 

My Little Pink Book Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal