5 years ago
Sunday, 11 April 2010
Nasi Kandar
Bagi orang Penang yang betul2 jati..macam saya..cheeewaaahhh..Nasi Kandar is a MUST! Kalau tak makan beberapa bulan mesti asyik tidur tak lena teringatkan nasi kandar. So, di hari minggu yang sunny ini, saya mengheret adik saya yang paling bongsu ke kedai nasi kandar. Sampai di kedai tu kami makan macam biasa, sedap hingga tak angkat kepala tetapi bukan kesedapan nasi kandar yang nak saya ceritakan tapi logo halal JAKIM yang tak di pamer pada kedai itu. Sesungguhnya saya keliru..hahaha..rasa macam pernh tengok logo tu sebelum ni tapi tiba tiba dah tak ada. Kemana perginya logo itu. Tapi saya sedapkan hati bila tengok ada ayat ayat Al-Quran tergantung di dinding. Saya takut tapi tawakal kepada ALLAH semoga rezeki yang masuk ke perut kami tu rezeki yang baik baik.Amiiiinnn.Selepas ni mesti beringat, kena tengok betul betul dulu sebelum makan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments on "Nasi Kandar"
Post a Comment