Wednesday, 23 June 2010

Sarang Labah

Posted by Hajar Ishak
Hari ni singgah blog untuk membuang sawang.Labah-labah sudah mula membina sarang di blog ni.I've been so busy this few months.I'm involved in a new staff information sytem development.Trying to reach target before dateline. At the same time, i need to prepare for my wedding.
Alhamdulillah, majlis perkahwinan berjalan lancar. Terima kasih pada semua yang hadir dan kepada semua ucapan yang di terima. Sekarang masih lagi sibuk mengejar dateline, sampai tak terkejar sebab dateline berlari terlalu laju. Belum honeymoon lagi kerana kekurangan masa, tempoh bercuti kawen hanya 1 minggu, ditambah pula dengan majlis bertandang yang di adakan selang seminggu, memang kekurangan masa untuk honeymoon. Tapi x mengapa, bulan depan InsyaALLAH akan di usahakan mencari masa untuk honeymoon.Semoga kerja di opis dapat di siapkan dengan kadar segera dan boleh mengisi borang permohonan cuti dengan hati yang tenang.
Seperkara lagi (eheheheh..macam tulis surat rasmi plak ayat ni ) saya sudah berpindah dari Teluk Kumbar untuk tinggal bersama suami di Seberang Perai Selatan.Cabaran baru, jalan raya baru, trafic light baru, plaza tol baru.Saya sedang menyesuaikan diri. Pun begitu, saya rindukan teluk kumbar..hehehe..tapi tak ada apa yang perlu dirisaukan, saya pulang ke Teluk Kumbar setiap hujung minggu.Semoga hari2 akan datang terus memberi rasa happy dalam diri..hehehe..

0 comments on "Sarang Labah"

Post a Comment

 

My Little Pink Book Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal