Friday, 20 July 2012

Selamat Datang Ramadhan

Posted by Hajar Ishak 0 comments
Pejam celik pejam celik, dah tiba ramadhan.
Alhamdulillah, di beri kesempatan jumpa dengan bulan yang berkat ni sekali lagi.
Mungkin sebab dah jadi ummi pada irfan atau mungkin sebab usia dah meningkat (tapi masih remaja lagi ni), aku dah start ubah cara sambutan ramadhan untuk diri aku sendiri.
Ramadhan patut diraikan, seronok nak puasa..bukan seronok nak raya yerrr...So, tahun ni, aku beli telekung ramadhan, bukan telekung raya dan aku beli tudung ramadhan, bukan tudung raya .Dua benda tu je la, hehehe..ok la jugak,slalu asyik ingat nak beraya ja kan?
Rasa macam tahun ni nak cuba bawak Irfan ke masjid untuk terawih, tapi kena try dulu untuk 1 hari, kalau hari pertama dia ok dan tak ganggu jemaah lain, baru boleh teruskan. Ini ramadhan ke 2 untuk Irfan, last year dia baby lagi, tak banyak ragam sangat masa berbuka, nak tengok tahun ni macam mana, moga-moga dia masih good boy macam tahun lepas.Amiiiinnnn..
Irfan dan ummi, on the way balik dari hadanah pada Ramadhan 1432H
Irfan 2 hari sebelum Ramadhan 1433H

Wednesday, 18 July 2012

Instagram's Irfan

Posted by Hajar Ishak 0 comments
Panjat Memanjat
Naik atas kotak pulak!

Tengok la gaya dia naik mainan dia ni..

Panjat speaker home theather abah..

Beg pun dia panjat jugak!

Belek lampu kereta mainan macam engineer


Alhamdulillah..moga rajin solat bila dah mumayiz nanti..

Monday, 16 July 2012

Family Day @ Golden Sands Hotel, Batu Feringghi

Posted by Hajar Ishak 0 comments
Last Saturday, ada event 'hari bersama keluarga' anjuran USM di Golden Sands Hotel dan memandangkan aku kena berdua-duaan dengan irfan for a few days sebab abah irfan outstation nun jauh ke negara China,aku pun dengan happy nya join the event.
Lega jugak la dapat melepak kat sana, at least ada jugak aktiviti untuk budak Irfan ni.
Pemandangan beach depan hotel tu cantik sangat, tenang ja tengok.
Untuk kids disediakan adventures zone yang ada games untuk kids main. Si kecik ni seronok la kat situ, walaupun tak dapat main semua mainan kat situ, he enjoyed wacthing other kids play.
Aku dan Irfan duduk ja dalam tempat mainan tu sampai lucky draw session baru la kami keluar dari situ.
Parents excited tengok anak-anak main

Slides

Irfan main dengan Irdina, his classmate at Hadanah

Balls...sampai dia nak bawak balik la ball ni..

Pemerhati dari luar, masuk dalam ja, cry!

Parents and Adult games, nampak permandangan beach dia, cantik kan?

Tunggu Lucky Draw

Lunch Time!
Lepas lunch, majlis selesai dan aku pun bawak Irfan balik Teluk Kumbar untuk meringankan tugas menjaga Irfan di hujung minggu..haha..kat sana, bukan main seronok la budak tu, tokwan bawak naik motor pusing-pusing kampung.
Naik moto dengan tokwan.

Thursday, 5 July 2012

Dream dan Mimpi

Posted by Hajar Ishak 0 comments
Sejak pi Langkawi hari tu, ada angan-angan dan dream nak belikan luggage untuk Irfan. Tapi masih menimbang-nimbang keperluan luggage tu. Sekarang ni, bila balik tidur rumah mak aku kat Teluk Kumbar, memang bawak satu beg penuh baju Irfan. Maybe sebab dia dah lasak dan selalu comotkan baju dia, aku kena kerap tukar baju dia dalam sehari. Teringin sangat nak beli Trunki yang macam  ni :

source : google.com
source : google.com
Pastu belek-belek kat facebook, ada sorang ni jual luggage yang macam ni pulak :
source :Facebook dkurnia.permatahati
Tapi dalam hati ni berat ke arah nak beli trunki jugak sebab nampak lagi comel..hehe..
Bukannya apa, rasa macam senang kalau letak baju irfan dalam satu beg saja, lepas tu ada roda, boleh la suruh budak yang baru pandai jalan tu tarik sendiri.
Harga trunki ni boleh tahan jugak la tapi masih dalam lingkungan harga mampu milik lagi. Aku masih nak berfikir-fikir lagi,nak mimpi-mimpi dulu la pasal trunki ni.

Wednesday, 4 July 2012

Si Dia ku Dah Pandai Jalan

Posted by Hajar Ishak 0 comments
Sebenarnya post ni sedikit outdated,dah dekat 2 minggu jugak la Irfan pandai jalan sendiri.
Dia betul-betul boleh jalan pada jarak yang agak jauh at the age of 13months. Lega rasanya bila tengok dia dah berjalan. Sekarang tengah belajar melompat pulak!
Lepas dapat ilmu berjalan ja, Irfan demam 3hari,hampir-hampir kena admitted dekat Hope Children Hospital jugak la sebab suhu badan dia tinggi dan berkahak tapi aku refused sebab dia aktif walaupun demam. Congratulations my son untuk langkah pertama kedua dan seterusnya. Moga membesar jadi muslim yang beriman.

Tuesday, 3 July 2012

Vacation@Langkawi

Posted by Hajar Ishak 0 comments
Kami satu family baru balik dari Langkawi, walaupun hari sebelum ke Langkawi tu aku demam, Alhamdulillah, aku sempat sihat sebelum ke Langkawi. Abah Irfan sampai dah siap cakap tak payah pi, tapi aku rasa ralat kalau tak pi sebab adik ipar dan mak mertua dah ready tunggu kami kat airport masa tu. Ni first time Irfan naik kapal terbang, aku risau ja dia buat perangai dalam flight, tapi lega sangat sebab dia behave, lagipun perjalanan 15 minit ja, dia tak sempat nak rasa bosan pun.

Irfan first flight..
Hari pertama sampai langkawi, kami bagi budak kecik enjoy tengok underwater world.
Tengok anjing laut bersantai dalam air
Malam nya kami ronda-ronda shopping sampai pening..haha..Hari kedua, kami ke Galeri Perdana Tun M, Beras Terbakar+Batik Village dan Island Hopping. Dan seperti biasa sebelah malamnya kami shopping lagi.

Posing dulu
Irfan dan echa

Penat lah jalan, jom relax jap!
 
Tasik Dayang Bunting + Tengok Helang + Pantai Beras Basah = Island Hopping

Sebahagian ahli rombongan
Percubaan untuk bangun macam juara
Hari Ketiga kami shopping lagi sehingga luggage kami melebihi belian..haha..tapi nasib baik lebihan tu sikit ja. Seronok sangat shopping di Langkawi, aku sedang pasang angan-angan nak pi shopping kat sana lagi lepas aku duduk rumah sendiri nanti sebab nak beli pinggang mangkuk yang best.
Perjalanan balik ke Penang
 

My Little Pink Book Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal