Monday, 14 January 2013

Bila Semuanya Perlu Diselesaikan Serentak....

Posted by Hajar Ishak 0 comments
My life is a mess...
Memang serabut sangat sekarang ni. Patut kami pindah rumah baru before 31 Jan ni sebab kontrak rumah sewa kami akan berakhir bulan ni, tup..tup.. abah irfan dapat duty call, kena pi kursus for 10 weeks starting 20 Januari nanti.
Masalahnya rumah under renovation lagi, sliding door pun belum pasang lagi.
Barang dah kena pindah sebelum 20 Januari sebab kalau tak pindah sekarang, memang tak mampu la ibu mengandung ni nak angkat sorang-sorang nanti.
Kontraktor rumah pulak memang dah janji nak siapkan on time, tapi sampai hari ni progress duk macam tu jugak.
Tekanan perasaan kami bila tiap-tiap kali pi jenguk rumah tu.
Orang pasang wondow grill pun tak buat- buat lagi grill nya. Masa bagi deposit hari tu beria kata boleh siap cepat.
Semuanya serba tak kena sekarang ni, kerja kat office pun bertimbun nak buat, balik rumah kena packing barang lagi.
Abah Irfan ambil cuti this whole week, tapi aku tak mampu nak ambil cuti sebab kerja aku ni bertimbun - timbun. Badan aku ni pulak, asyik sakit sendi ja memanjang, tak pasti vitamin apa yang kurang..huhu..Hopefully my baby is doing fine inside my tummy.

Ya Allah, berilah kami kekuatan..

Monday, 24 December 2012

Kali Pertama..

Posted by Hajar Ishak 0 comments
Hari ni for the 1st time lepas 1 tahun 7 bulan 8 hari budak irfan ni di lahirkan, aku lepaskan dia pi jalan-jalan dengan tok dia ke KL for 4 days.
Selama ni memang aku tak pernah tidur asing dengan budak ni,so this is his 1st time tak tidur bawah ketiak ummi dia.
Tapi waktu aku bagi dia kat mak aku tadi pagi memang dia happy la sebab dia memang seronok sakan kalau dapat jalan dengan tok wan dia.
My feeling? Sangat la syahdu, asyik duk teringat kat dia ja ni. Moga aku kuat nak hadap 4 hari ni. Amiiiin..

Budak kesayangan ummi yang dah besar..




Monday, 10 December 2012

Our First House

Posted by Hajar Ishak 3 comments
Lepas Irfan lahir, kami decide untuk beli rumah kos sederhana rendah dekat Batu Kawan, Sebereng Perai Selatan. Last 2 weeks, kami dah di beri kunci untuk rumah kami. Our very own first house!
Rumahnya kecik ja tapi rasa excited sangat sebab rumah sendiri. Alhamdulillah, dah ada tempat berlindung untuk kami sekeluarga yang di register kan atas nama kami (yang sebenarnya kena bayar hutang bank bulan2).
First time melawat rumah, si kecik Irfan yang paling excited, berlari dia ke sana sini, maklumlah dah lama duduk atas kayangan, syok la budak bila rumah atas tanah ni.
Sekarang tengah proses renovation tambah window grill dengan kitchen kabinet secara kecil-kecilan, lepas dah siap InsyaAllah kami boleh pindah masuk.


Rumah kecik kami..

Friday, 30 November 2012

New Edition..

Posted by Hajar Ishak 0 comments
Introducing our incoming new edition...



The baby is now reaching his/her 14 weeks dalam perut ummi dia. Ikut kiraan, EDD adalah pada May 2013, sama bulan dengan Irfan, so ummi bleh save duit celebrate birthday anak-anak sekali ja tiap-tiap tahun. Gabungkan ja celebration untuk abang dengan adik..haha..Harap sangat dia doing fine inside my tummy. Yang sebenarnya, ummi dia tengah takut nak bersalin lagi. This baby is an expected baby, memang aku nak baby pun sebab nak bagi Irfan ada kawan. Alhamdulillah, Allah makbulkan doa kami. Semoga semuanya akan selamat dan baby akan grow dengan sihat dan sempurna. Aminnnn.....

Monday, 26 November 2012

Anyohaseyo!

Posted by Hajar Ishak 0 comments
Kami baru balik dari trip 8 hari ke South Korea.
Masa kami sampai, masih autumn, tapi bila dekat nak balik, winter datang menjelma.
Sejuknya la haiiiii..
Si budak Irfan tu plak, dapat rashes kat pipi after a few days kat sana, kesian budak tu.
What can i say about Korea?
  1. Negara dia sangat cantik
  2. Toilet kat sana memang sangat memuaskan hati, walaupun tak ada paip air, tapi memang bersih.
  3. They love kids soooo much.
  4. Kebanyakan peniaga dia tak fasih berbahasa Inggeris.
  5. Banyak sajian seafood kat korea, tapi tekak aku tak berapa nak boleh terima rasa dia.
  6. Orang -orang kat sana ramah tamah, main cakap je bahasa korea dengan kita, bajet kita faham.

Ok, jom layan gambar!
Shopping Street near our hotel in Seoul.

Seongsan Sunrise Peak in Jeju Island

Nami Island - Winter Sonata Island

Harimau malaya tergolek di Nami Island

Our first snow experience, jadi kami sedikit jakun.

Irfan's new girlfriend yang super duper cute!

Lotte World Theme Park

Underground shopping mall in Jeju Island


Thursday, 8 November 2012

Birthday Si Chenta Hati.

Posted by Hajar Ishak 0 comments
Hari ni 8 November adalah birthday Abah Irfan.This is his 2nd year celebrating his birthday as a father. Cadangnya aku nak suprise kan dia betul-betul on midnight of 8 Nov, tapi sebab aku tidur awal dan alarm aku gagal mengejutkan aku, suprise tu di ubah serta merta ke waktu subuh. Tapi tak berapa nak suprise sebab tengok ja kotak, dia dah bleh agak isi dalam. Bikin rosak suprise orang ja tau..

Kad Birthday dari office abah Irfan


Ini ' Birthday Boy '' sedang pastikan keselamatan his boy

My gift for him (yang suprise subuh hari tu)
This is one happy baby tengah jumping dalam lif  on his dad's birthday

Tuesday, 9 October 2012

His Story

Posted by Hajar Ishak 0 comments
Daddy's 1st mate!
Dia dah berusia 1 tahun 4 bulan 3 minggu . Dia toddler yang sangat easy di uruskan, tidur apabila sampai masa,kalau minum susu, susu apa-apa pun boleh, janji cukup susu, cuma makan tak berapa selera, nasib baik badan tak kurus melidi. Masih mencecah 10kg setiap kali di timbang. 
Breakfast

Sangat 'eksyen' sekarang dia ni, jalan tak nak di pegang, di cuit pun tak boleh. Kalau lambat sangat ummi nak pakai kan kasut masa nak keluar rumah, dia cuba pakai sendiri, pegang dinding or rak kasut for help, tapi usaha masih belum membuahkan hasil, mungkin umur dia masih too young for that.
Cubaan pakai selipar

Kalau ikut kita bersolat, sudah pandai rukuk dan angkat takbir, dulunya hanya tahu sujud sahaja
Kalau hidung terasa ada hingus, sudah pandai cari kain dan lap hidung sendiri, walaupun cuma menambahkan comot sahaja, tapi takpa, tetap ada effort, usaha itu penting.
Main lekat sticker

He's my little baby and will always be. Tiap -tiap hari aku rasa sangat rugi tak dapat nak stay dengan anak aku for 24 hours per day. I'm a working mum and inilah price that i have to pay, yang sedihnya, pengorbanan ni terasa sangat lah berat untuk aku.
Main dengan baloon ummi bawak balik dari ict week.
 So, i cherish every moment yang aku dapat bersama dengan Irfan. Moga anak ini membesar jadi orang beriman.
 

My Little Pink Book Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal