Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Thursday, 11 April 2013

Family Gathering..

Posted by Hajar Ishak 0 comments
Hujung minggu lepas, family sebelah abah irfan planned nak buat BBQ tepi pantai Batu Feringghi. Bila tiba harinya, hujan turun sepanjang hari pulak. So, sebelah siang memang tak dapat nak ber BBQ. Cadangnya nak BBQ tepi pantai depan hotel ja, tapi bila dah malam hari, gelap gulita la pulak. Macam tak sanggup nak berkelah dalam gelap tu. So, penganjur a.k.a adik ipar aku dengan baik hati telah cari satu lagi chalet kat tepi pantai. Jadi dapat lah kami ber BBQ di tempat berbumbung sebab hujan still renyai-renyai lagi walaupun dah malam. Yang paling happy dalam trip ni mesti lah kanak - kanak bawah umur tu. Jenuh jugak la nak control budak-budak ni. Alhamdulillah BBQ berjaya di jalankan dengan selamat sampai aku tak sempat nak snap gambar makanan tu semua.

Irfan mandi manda swimming pool dengan cousins
Main pasir on Sunday Morning!
Gempur Tesco masa lunch..
Abah bawak Irfan horse riding
Seronok sangat family gathering ni. Tapi aku tak snap gambar bilik hotel yang kami stay tu,sebijik macam ni la rupa biliknya. Gambar ni di ambil dari website Bayview Beach Hotel

Family Suite

           
Ada dua bilik dalam family suite ni..  




Thursday, 8 November 2012

Birthday Si Chenta Hati.

Posted by Hajar Ishak 0 comments
Hari ni 8 November adalah birthday Abah Irfan.This is his 2nd year celebrating his birthday as a father. Cadangnya aku nak suprise kan dia betul-betul on midnight of 8 Nov, tapi sebab aku tidur awal dan alarm aku gagal mengejutkan aku, suprise tu di ubah serta merta ke waktu subuh. Tapi tak berapa nak suprise sebab tengok ja kotak, dia dah bleh agak isi dalam. Bikin rosak suprise orang ja tau..

Kad Birthday dari office abah Irfan


Ini ' Birthday Boy '' sedang pastikan keselamatan his boy

My gift for him (yang suprise subuh hari tu)
This is one happy baby tengah jumping dalam lif  on his dad's birthday

Friday, 21 September 2012

They're cousins!

Posted by Hajar Ishak 0 comments
Sharing their moment together..
Irfan nak ambil kereta mainan dari tangan Izz

Izz said "Tak boleh, ni Izz punya!"

Irfan cry sebab frust tak dapat ambil mainan Izz

With their favourite aunt - anjang!

Wednesday, 5 September 2012

Jalan-Jalan Zoo Negara

Posted by Hajar Ishak 0 comments
Sepatutnya abah irfan kena outstation ke KL masa Merdeka Holiday last week. Alang-alang dia nak ke KL, aku pun ambik cuti dan join abah irfan ke KL untuk beraya kat rumah kakak aku. Tapi bukan KL la sebenarnya, sebab rumah kakak aku tu, rumah dia dekat area Bandar Teknologi Kajang. Cuma kena melalui KL untuk ke Kajang tu. Kami spend masa cuti dengan menjadi tetamu open house dan bawak budak-budak ke Zoo Negara. Budak 2 orang tu seronok sakan dapat jumpa, kejap main sama-sama, kejap gaduh sama-sama sampai kami tak terlayan.
Bergurau senda dalam kereta (maaf gambar tak clear)
 Zoo negara ni nak masuk tak murah sangat bagi aku, untuk mykad holder, RM20 per adult dan untuk mykid holder,RM 6 per child (3-12 years). Mungkin expenses untuk maintenance zoo ni tinggi kot. Tapi yang baik nya, senior citizen dapat diskaun.
Izz excited tengok giraffe
Yang ni irfan plak yang excited

The elephant
Dalam zoo ni jugak ada tram ride service, kena bayar RM3 per adult untuk mykad holder. Dia akan ada satu stop centre. Lepas tu boleh naik balik dari situ untuk ke pintu masuk semula. Kami naik tram 1 round, pastu boleh pulak rasa tak puas melawat kawasan, kami berjalan balik pusing-pusing zoo tu. Untuk yang datang dengan kids, memang semua pun bawak stroller. Mana la nak larat budak tu nak jalan pusing satu zoo tu kan? Aku pun rasa macam nak semput, apatah lagi la budak-budak tu.
Si Irfan tengah leka tengok singa
'Cat' kata irfan..boleh la..ini big cat..
Bird
Izz pakai tiger head di depan surau

Zoo dah tutup pagar pun kami tak reti-reti nak balik..
 Irfan tak kenal banyak sangat binatang lagi, yang dia kenal cuma fish,bird dengan cat( harimau pun dia panggil cat ). Aku memang nak bawak Irfan melawat zoo lagi next time, yang pasti before his 3rd birthday sebab nak masuk free. Lepas umur 3 tahun dah nak kena bayar. Kedekut bebenor kan?haha..untuk details pasal zoo negara, boleh refer sini!

Monday, 27 August 2012

Aidilfitri Kami

Posted by Hajar Ishak 0 comments
Post ni macam sedikit terlewat, tapi sebab masih dalam bulan Syawal lagi, kira masih boleh di terima la kan?
Hari raya 2012 = My 29th birthday, hurrrmmmm..terasa sedikit berumur di situ..bukan tua yer, berumur ja. Sebab jatuh pada hari raya, birthday gift pun dapat lambat sikit, tapi tak pa, biar lambat asalkan dapat jugak..hehe..                  Hari raya tahun ni ada dugaan untuk kami, tapi aku redha, mungkin memang bukan rezeki kami, kereta kesayangan buat hal pada hari raya pertama, tak dapat kami ke Kelantan untuk beraya dengan kaum kerabat sebelah mak mertua aku.
Kereta kecil sedang di tunda
Sibuk sangat beraya sampai tak sempat ambil gambar satu family, yang ada cuma gambar irfan dan abah irfan ja, ummi sedikit syahdu bila terkenangkan nasib tak sempat bergambar dengan baju raya. Tunggu aidiladha pulak la kot.
Irfan dah Abah

Irfan dan Tok Wan

Irfan dan Kerusi
Irfan dan Ummi (Irfan muka confused sebab guna front facing camera)
Irfan dan Sepupu sebelah family abah, the pink team!

Tapi tetap rasa seronok sebab dapat berziarah ke banyak rumah tahun ni berbanding tahun lepas. Cuti raya pun dah habis, aku dah masuk kerja balik, tapi kereta masih di workshop, moga cepat sembuh hendaknya..

Friday, 17 August 2012

Salam Aidil Fitri..

Posted by Hajar Ishak 0 comments
Pejam celik, ramadhan dah nak tinggalkan kita, rasa seram sejuk bila terasa takut tak dapat berjumpa bulan ramadhan tahun depan. Moga kita semua di beri kesempatan lagi tahun depan.Raya pun dah dekat sangat, dan terasa sunyi di opis sebab semua orang dah bercuti .
Tahun ni giliran beraya di Teluk Kumbar..yeaaaaaa..tapi mungkin tak dapat jumpa kakak aku sebab tahun ni giliran dia beraya di KL. So, minggu kedua raya, kami akan serang rumah dia di KL nun..hehehe..
Dengan Ingatan Tulus Ikhlas, kami sekeluarga mengucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin..
Family picture - raya tahun lepas (maafkan kain pink abah irfan, sebab seluar dia dah ter burn terkena seterika)

Tuesday, 19 June 2012

Visiting

Posted by Hajar Ishak 0 comments
Hari ahad malam, sepupu irfan yang namanya Arissa masuk hospital Lam Wah Ee. Telinga dia bernanah dan dia mengadu sakit telinga.
Bukan kali pertama telinga dia jadi macam tu, 2-3 minggu lepas dah jadi macam tu, tapi dah baik lepas ambik ubat kat klinik. This time parents dia decide nak pi hospital memandangkan dah pernah bernanah sebelum ni.
Hari Isnin lepas balik office, aku terus ajak abah irfan melawat si kecik tu, memandangkan Lam Wah Ee pun dekat ja dengan rumah kami, so boleh la duduk kat situ lama-lama sikit.
Moga Arissa cepat sembuh dah sihat seperti biasa.


Arissa dan Irfan (mulut penuh biskut)

Tuesday, 5 June 2012

Kenduri Kendara

Posted by Hajar Ishak 0 comments
Weekend ni aktiviti kami adalah meraikan kenduri. Starting with my little sister wedding on saturday, sambung pulak dengan majlis kenduri rumah sepupu kepada abah irfan on sunday di tanjung piandang, dan majlis bertandang adik aku on monday di Dewan RECSAM,Gelugor. Wedding adik aku kali ni aku rasa macam penat sikit, maybe sebab ada baby yang dah lasak. Irfan nampak enjoy masa hari kenduri,dapat pakai baju melayu, dapat makan nasik kenduri dah dapat jumpa sepupu tersayang iaitu abang izz ayril, semua kelaku budak izz tu dia tiru, comel btul gelagat budak2 kecik ni.

SATURDAY

Main main dengan kipas pengantin

Posed dengan pengantin tapi dia takut sebab orang ramai tengah tengok

Izz + Mama + Irfan + Ummi + Pelamin

SUNDAY

Sepupu sepapat ke Tanjung Piandang
 
MONDAY

Ummi + Izz + Mama

Sebuk posed masa pengantin makan

Budak yang dah tak tahan tunggu lama

The gentlemen








Thursday, 31 May 2012

Our 2nd Anniversary

Posted by Hajar Ishak 0 comments
Bulan May ada 2 tarikh penting, Birthday 'Irfan dan Wedding Anniversary kami.
30 May 2010 -  kami selamat di ijab kabul, tahun 2012 ni baru 2 tahun menjadi husband & wife. Alhamdulillah, looking forward untuk teruskan perjalanan hidup bersama.
Semoga rumahtangga kami di rahmati Allah dan dalam keredhaan Allah hendaknya.
Memandangkan sekarang aku dalam cooking mode, untuk anniversary, aku adjust sket mood kepada baking mode.
For the 1st time as a wife, aku bake kek coklat.
Sebelum ni memang pernah bake, tapi bukan sendirian, ada guide daripada my lovely mom.
Semalam lepas balik keja, aku terus masuk dapur nak buat kek, sedang aku busy buat kek, abah irfan pun balik keja, rupanya dia bawak balik kek untuk anniversary kami.
Kesian sungguh kami ni, 2 2 orang nak buat suprise benda yang sama.
Jadinya, malam tadi kami makan 2 jenis kek, 1 homemade, 1 beli kat kedai.
Apapun thanks to abah irfan sebab ingat nak beli kek untuk anniversary.
Tahun depan no more cakes, kita buat suprise lain plak.

Custom made card nihh..
Home made chocolate cake


Kek yang abah 'irfan beli untuk kami
Budak sebuk nak potong kek

Si kecik yang meraikan annivesary kami.



Tuesday, 15 May 2012

Irfan's Pre Birthday Party

Posted by Hajar Ishak 0 comments
Birthday irfan sepatutnya esok(16hb), tapi di sebabkan sepupu irfan ni birthday dia 11 hari awal dari irfan, hari ahad lepas kami pun buat la birthday party untuk si kecik 2 orang ni sama-sama, Kiranya sorang buat lambat, sorang buat awal. Birthday party kecik kecilan untuk kaum keluarga. Tema majlis adalah barberkue. Saja rajin nak membuli kaum-kaum adam untuk bakar ayam , udang dan sotong. Yang penting, budak budak ni sangat seronok sebab dapat main sama-sama. Memang nampak irfan sangat excited, sampai terlompat-lompat, tp guna lutut je la sebab belum boleh berdiri..hehehe..Aku rasa seronok tengok irfan bergaul dengan sepupu dia, I want him to value family, harap hubungan budak budak ni akan rapat sampai dewasa.
Choc moist from secret recipe..yummy..
Nak potong kek ramai-ramai ( abaikan kotak pelapik kek..hehehe )
Birthday boy potong kek ( abaikan jugak pemandangan belakang..hehehe)
Birthday girl nak potong jugak
Main main tak duduk diam
Hadiah birthday dari makngah dan maklang

 

My Little Pink Book Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal