Showing posts with label Life. Show all posts
Showing posts with label Life. Show all posts

Monday, 14 January 2013

Bila Semuanya Perlu Diselesaikan Serentak....

Posted by Hajar Ishak 0 comments
My life is a mess...
Memang serabut sangat sekarang ni. Patut kami pindah rumah baru before 31 Jan ni sebab kontrak rumah sewa kami akan berakhir bulan ni, tup..tup.. abah irfan dapat duty call, kena pi kursus for 10 weeks starting 20 Januari nanti.
Masalahnya rumah under renovation lagi, sliding door pun belum pasang lagi.
Barang dah kena pindah sebelum 20 Januari sebab kalau tak pindah sekarang, memang tak mampu la ibu mengandung ni nak angkat sorang-sorang nanti.
Kontraktor rumah pulak memang dah janji nak siapkan on time, tapi sampai hari ni progress duk macam tu jugak.
Tekanan perasaan kami bila tiap-tiap kali pi jenguk rumah tu.
Orang pasang wondow grill pun tak buat- buat lagi grill nya. Masa bagi deposit hari tu beria kata boleh siap cepat.
Semuanya serba tak kena sekarang ni, kerja kat office pun bertimbun nak buat, balik rumah kena packing barang lagi.
Abah Irfan ambil cuti this whole week, tapi aku tak mampu nak ambil cuti sebab kerja aku ni bertimbun - timbun. Badan aku ni pulak, asyik sakit sendi ja memanjang, tak pasti vitamin apa yang kurang..huhu..Hopefully my baby is doing fine inside my tummy.

Ya Allah, berilah kami kekuatan..

Monday, 10 December 2012

Our First House

Posted by Hajar Ishak 3 comments
Lepas Irfan lahir, kami decide untuk beli rumah kos sederhana rendah dekat Batu Kawan, Sebereng Perai Selatan. Last 2 weeks, kami dah di beri kunci untuk rumah kami. Our very own first house!
Rumahnya kecik ja tapi rasa excited sangat sebab rumah sendiri. Alhamdulillah, dah ada tempat berlindung untuk kami sekeluarga yang di register kan atas nama kami (yang sebenarnya kena bayar hutang bank bulan2).
First time melawat rumah, si kecik Irfan yang paling excited, berlari dia ke sana sini, maklumlah dah lama duduk atas kayangan, syok la budak bila rumah atas tanah ni.
Sekarang tengah proses renovation tambah window grill dengan kitchen kabinet secara kecil-kecilan, lepas dah siap InsyaAllah kami boleh pindah masuk.


Rumah kecik kami..

Wednesday, 19 September 2012

Bila Novel Di Drama kan....

Posted by Hajar Ishak 0 comments
I used to be a novel reader, sekarang ni dah tak sempat nak baca sebab sebuk entertain anak. Masa zaman muda remaja (sekarang muda dewasa), aku memang tak akan lepaskan peluang beli setiap novel tulisan aisya sofea, pantang keluar yang baru, cepat ja aku beli. Sebab baca novel dia sangat la syok!
So, bila astro mustika HD nak tayang drama adaptasi novel adam dan hawa dari aisya sofea ni, aku dah tak senang duduk. Tergedik- gedik dalam hati macam budak remaja bercinta sebab nak pasang astro. Sebelum ni memang rumah kami tak da astro sebab kami tak rasa ianya satu keperluan. Tapi, memang la ada rejection dari abah irfan bila aku keluarkan usul nak pasang astro dalam family board meeting kami. Tapi, sebab aku willing nak bayar astro guna duit aku, abah irfan has no objection. He agreed(At last!).
Maka, terpasang la astro beyond HD kat tv rumah aku yang TAK ber HD sebab tuan dia eager nak tengok cerita adam dan hawa. Nasib baik la cerita tu berbaloi tengok setakat ni, kalau tak berbaloi, memang aku kena tanggung cost kerugian la.

Ini dia tv kami, aku confirm tv ni sangat bangga dapat subscribe astro beyond HD.
Irfan's watching The Lorax

Monday, 27 August 2012

Aidilfitri Kami

Posted by Hajar Ishak 0 comments
Post ni macam sedikit terlewat, tapi sebab masih dalam bulan Syawal lagi, kira masih boleh di terima la kan?
Hari raya 2012 = My 29th birthday, hurrrmmmm..terasa sedikit berumur di situ..bukan tua yer, berumur ja. Sebab jatuh pada hari raya, birthday gift pun dapat lambat sikit, tapi tak pa, biar lambat asalkan dapat jugak..hehe..                  Hari raya tahun ni ada dugaan untuk kami, tapi aku redha, mungkin memang bukan rezeki kami, kereta kesayangan buat hal pada hari raya pertama, tak dapat kami ke Kelantan untuk beraya dengan kaum kerabat sebelah mak mertua aku.
Kereta kecil sedang di tunda
Sibuk sangat beraya sampai tak sempat ambil gambar satu family, yang ada cuma gambar irfan dan abah irfan ja, ummi sedikit syahdu bila terkenangkan nasib tak sempat bergambar dengan baju raya. Tunggu aidiladha pulak la kot.
Irfan dah Abah

Irfan dan Tok Wan

Irfan dan Kerusi
Irfan dan Ummi (Irfan muka confused sebab guna front facing camera)
Irfan dan Sepupu sebelah family abah, the pink team!

Tapi tetap rasa seronok sebab dapat berziarah ke banyak rumah tahun ni berbanding tahun lepas. Cuti raya pun dah habis, aku dah masuk kerja balik, tapi kereta masih di workshop, moga cepat sembuh hendaknya..

Friday, 17 August 2012

Salam Aidil Fitri..

Posted by Hajar Ishak 0 comments
Pejam celik, ramadhan dah nak tinggalkan kita, rasa seram sejuk bila terasa takut tak dapat berjumpa bulan ramadhan tahun depan. Moga kita semua di beri kesempatan lagi tahun depan.Raya pun dah dekat sangat, dan terasa sunyi di opis sebab semua orang dah bercuti .
Tahun ni giliran beraya di Teluk Kumbar..yeaaaaaa..tapi mungkin tak dapat jumpa kakak aku sebab tahun ni giliran dia beraya di KL. So, minggu kedua raya, kami akan serang rumah dia di KL nun..hehehe..
Dengan Ingatan Tulus Ikhlas, kami sekeluarga mengucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin..
Family picture - raya tahun lepas (maafkan kain pink abah irfan, sebab seluar dia dah ter burn terkena seterika)

Monday, 16 July 2012

Family Day @ Golden Sands Hotel, Batu Feringghi

Posted by Hajar Ishak 0 comments
Last Saturday, ada event 'hari bersama keluarga' anjuran USM di Golden Sands Hotel dan memandangkan aku kena berdua-duaan dengan irfan for a few days sebab abah irfan outstation nun jauh ke negara China,aku pun dengan happy nya join the event.
Lega jugak la dapat melepak kat sana, at least ada jugak aktiviti untuk budak Irfan ni.
Pemandangan beach depan hotel tu cantik sangat, tenang ja tengok.
Untuk kids disediakan adventures zone yang ada games untuk kids main. Si kecik ni seronok la kat situ, walaupun tak dapat main semua mainan kat situ, he enjoyed wacthing other kids play.
Aku dan Irfan duduk ja dalam tempat mainan tu sampai lucky draw session baru la kami keluar dari situ.
Parents excited tengok anak-anak main

Slides

Irfan main dengan Irdina, his classmate at Hadanah

Balls...sampai dia nak bawak balik la ball ni..

Pemerhati dari luar, masuk dalam ja, cry!

Parents and Adult games, nampak permandangan beach dia, cantik kan?

Tunggu Lucky Draw

Lunch Time!
Lepas lunch, majlis selesai dan aku pun bawak Irfan balik Teluk Kumbar untuk meringankan tugas menjaga Irfan di hujung minggu..haha..kat sana, bukan main seronok la budak tu, tokwan bawak naik motor pusing-pusing kampung.
Naik moto dengan tokwan.

Saturday, 23 June 2012

Saturday@TheOffice

Posted by Hajar Ishak 0 comments
Hari ni sabtu yang se afdal nya di habiskan bersama family. But abah irfan need to go to the office on this beautiful and full of haze saturday. Penang tengah jerubu teruk minggu ni,sentiasa berkabus ja pemandangan sekeliling. So,untuk memastikan abah irfan tetap bersama family on this saturday,kami pun follow abah irfan to the office. Yang sebenarnya,petang ni kami nak balik sungai kechil, alang-alang abah irfan nak merentas bridge,kami pun join la sekali,x payah la abah irfan nak rentas bridge untuk ambil kami pulak lepas abis keja. Disebabkan bosan di office ni,sambil-sambil layan movie sempat la aku post entry ni..hehe
Irfan pakai sweater sebab aircond sejuk sangat
Ummi layan movie la

Tuesday, 5 June 2012

Kenduri Kendara

Posted by Hajar Ishak 0 comments
Weekend ni aktiviti kami adalah meraikan kenduri. Starting with my little sister wedding on saturday, sambung pulak dengan majlis kenduri rumah sepupu kepada abah irfan on sunday di tanjung piandang, dan majlis bertandang adik aku on monday di Dewan RECSAM,Gelugor. Wedding adik aku kali ni aku rasa macam penat sikit, maybe sebab ada baby yang dah lasak. Irfan nampak enjoy masa hari kenduri,dapat pakai baju melayu, dapat makan nasik kenduri dah dapat jumpa sepupu tersayang iaitu abang izz ayril, semua kelaku budak izz tu dia tiru, comel btul gelagat budak2 kecik ni.

SATURDAY

Main main dengan kipas pengantin

Posed dengan pengantin tapi dia takut sebab orang ramai tengah tengok

Izz + Mama + Irfan + Ummi + Pelamin

SUNDAY

Sepupu sepapat ke Tanjung Piandang
 
MONDAY

Ummi + Izz + Mama

Sebuk posed masa pengantin makan

Budak yang dah tak tahan tunggu lama

The gentlemen








Thursday, 31 May 2012

Our 2nd Anniversary

Posted by Hajar Ishak 0 comments
Bulan May ada 2 tarikh penting, Birthday 'Irfan dan Wedding Anniversary kami.
30 May 2010 -  kami selamat di ijab kabul, tahun 2012 ni baru 2 tahun menjadi husband & wife. Alhamdulillah, looking forward untuk teruskan perjalanan hidup bersama.
Semoga rumahtangga kami di rahmati Allah dan dalam keredhaan Allah hendaknya.
Memandangkan sekarang aku dalam cooking mode, untuk anniversary, aku adjust sket mood kepada baking mode.
For the 1st time as a wife, aku bake kek coklat.
Sebelum ni memang pernah bake, tapi bukan sendirian, ada guide daripada my lovely mom.
Semalam lepas balik keja, aku terus masuk dapur nak buat kek, sedang aku busy buat kek, abah irfan pun balik keja, rupanya dia bawak balik kek untuk anniversary kami.
Kesian sungguh kami ni, 2 2 orang nak buat suprise benda yang sama.
Jadinya, malam tadi kami makan 2 jenis kek, 1 homemade, 1 beli kat kedai.
Apapun thanks to abah irfan sebab ingat nak beli kek untuk anniversary.
Tahun depan no more cakes, kita buat suprise lain plak.

Custom made card nihh..
Home made chocolate cake


Kek yang abah 'irfan beli untuk kami
Budak sebuk nak potong kek

Si kecik yang meraikan annivesary kami.



Tuesday, 22 May 2012

My Very 1st Experience

Posted by Hajar Ishak 0 comments

Walaupun dah setahun lebih melahirkan Irfan, aku tetap nak tulis pengalaman tu dalam blog ni supaya satu hari nanti kalau anak menantu aku tanya macam mana rasanya sakit bersalin anak sulung, aku boleh suruh refer kat blog..hahahaha..

Sorotan pengalaman bersalin mengikut tarikh..cheewaaahh..

13 Mei 2011
Pagi Jumaat, pi office macam biasa, tapi masa tengahari dah rasa macam sakit sakit kat bawah perut, tak boleh nak describe sakit cemana tapi memang sakit yang tak pernah rasa, tapi masih boleh tahan  dan masih boleh bekerja.Mengadu sikit-sikit dekat ibu khalish yang sama-sama pregnant masa tu. Petang tu check kat toilet macam ada tanda keluar, tapi sangat samar –samar. So, teruskan bertahan sampai malam, tidur macam biasa ja.

14 Mei 2011
Memandang memang dah sarat, so duduk rumah mak aku kat Teluk Kumbar, tapi mak dan ayah tak da sebab balik kampong melawat tok aku. Dalam pukul 11pagi, nurse klinik desa call nak buat lawatan kat rumah. Bila nurse sampai, dia bg bekas untuk isi urine , masa nak ambil sample urine tu, tengok darah kuar lebih banyak dari semalam. So, bagitau dekat nurse then dia suruh pi maternity hospital untuk check. Tapi sebab tak rasa sakit sangat, aku pun ajak abah irfan(masa tu belum jadi abah) pi queensbay mall, jalan-jalan dan makan-makan kat sana. Lepas tu dalam pkul 2 petang kami sampai Maternity Hospital, betul –betul sebelah asrama sekolah menengah aku, syahdu seketika, teringat zaman muda remaja..hehehe..dah sampai tu, dia check bukaan 2cm, dia suruh admitted, abah irfan requested nak balik sebab aku belum terasa sakit, tapi nurse kata, boleh balik dengan syarat kena sign surat, dan hospital tak mau bertanggungjawab kalau jadi apa-apa. Makanya, sebab takut jadi apa-apa, aku pun dengan paksa rela check in la kat hospital, dapat ward kelas 2. Tapi sepanjang hari, sampai malam memang ada darah yang turun.

15 Mei 2011
Sebab cucu dah bagi warning nak keluar, mak aku pun balik cepat cepat dari kampong untuk tengok aku, padahal nya aku duduk hospital tanpa rasa sakit apa pun. Tapi lepas zuhur, aku ada rasa sakit contraction, bila tanya kat nurse, dia kata “ tunggu sakit yang tak tertahan baru kita check bukaan”. So aku pun tahan la sakit sebab tak sanggup nak rasa sakit masa check bukaan tu. Bila dah nak abis waktu melawat, mak aku tanya, sakit tak? Aku cakap bleh tahan lagi. So, parents dan husband aku pun balik la tunggu kat rumah. Tapi mungkin reaksi muka aku yang menunjukkan aku tak tertahan, dalam pukul 10 malam, nurse pun datang tanya aku “Tak tahan dah ka?”. Aku angguk-angguk ja. So, datang la seorang doktor praktikal untuk check bukaan aku, sakitnya la haiii..rupanya bukaan dah 6 cm, cepat-cepat la nurse tu cari kerusi roda tolak aku ke labour room sebab takut aku ter bersalin dalam ward. Dah sampai labor room, bukaan jadi 7cm, nurse suruh call husband sebab dalam labour room husband boleh temankan, waktu tu memang dah tak tertahan dah baby nak keluar, tapi dia kena sabar sebab nak tunggu abah.
Bila abah dah sampai, bermula la battle, punya la susah, sebab aku tak pandai push baby keluar. Then, doctor kata nak guna vacuum, bila aku tengok je mesin vacuum tu, terus aku kata kat hati dan otak aku, macam mana pun kena push baby keluar, aku tak mau guna benda alah tu.

16 Mei 2011
Alhamdulillah ,akhirnya jam 1230 pagi, lahirlah putera sulungku - Muhammad Rais ‘Irfan tanpa perlu guna vacuum,  EDD sebenarnya adalah 23 Mei 2011, dia lahir awal seminggu dari jangkaan. Ada cerita yang tak berapa seronok untuk di ingati masa nak selesaikan proses kelahiran. Tapi tak larat nak karang dah..hehehe.

admitted@MH, sangat la comot dan sememeh !
.

Friday, 4 May 2012

Teratak Sewa

Posted by Hajar Ishak 0 comments
Sejak February 2012,kami dah start menyewa dalam island,makanya aku dan irfan tidak lagi meredah penang bridge untuk ke USM. Nursery irfan memang kat dalam USM ja. Kami decide untuk menyewa dekat Gambier Heights Penang,yang distance nya only 5 minutes driving to reach USM. Bahagia betul rasa bila office dekat dengan rumah, tapi kami tetap rindu rumah dekat Sungai Bakap tu. Rindu kat pekan kecik yang best sangat. Rindu dekat 'Kot char keow teow' yang best kat situ. And most of all rindu kat rumah teres yang tak payah naik lif untuk masuk dalam rumah. Rumah sewa kami ni tingkat 20, jenuh jugak tunggu lif nak sampai atas kayangan tu.
View Dari Dalam Lif


Balcony ni boleh nampak sunrise dan Penang Bridge

From our master bedroom, boleh nampak USM
Utilities area
3 bedrooms
Fridge antik, dah 27 tahun berbakti ni.
Irfan punya playing area
Ini dia ummi's little helper, selalu nak tolong check kabinet ummi.



Thursday, 1 July 2010

A Day to Remember

Posted by Hajar Ishak 0 comments
; ) Hari ni terasa nak post gambar-gambar majlis perkahwinan saya.

Tuan rumah yang sedang meraikan tetamu
Rombongan Pengantin Lelaki
Antara tetamu yang hadir

Majlis Bertandang
Menjamu selera
Tetamu cilik yang sangat adorable

Saturday, 3 April 2010

Saturday@Work

Posted by Hajar Ishak 0 comments
Hari ni sepatutnya diraikan sebagai hujung minggu pertama pada bulan April tapi aku pagi ni bangun dengan harapan yang baru, sebab secara sukarela nak ke office untuk cuba siapkan keja yang melambak dalam PC aku tuh..Pkul 1130 pagi aku berada di office dan pukul 1 tghr aku Lunch @ Mc Donalds sedangkan dekat rumah mak aku masak nasik tomao..owwhhh..sungguh kerugian...dan sekarang pkul 5 petang aku masih di office bersedia untuk pulang tetapi cuaca tidak mengizinkan, hujan sedang mencurah curah di luar dan aku tak ada payung untuk berjalan ke kereta..huhuhuhuhu...aku perlu bersabar sikit, hujan itu rahmat.

Monday, 22 March 2010

Shop till we drop!

Posted by Hajar Ishak 0 comments
Lagi 3 hari baru gaji tapi aku berbelanja ikut nafsu. Adeh, sangat susah mengawal nafsu berbelanja ni. Tadi aku baru saja beli baju tanpa di rancang. But seriously,baju tu murah! Rugi tak beli!  Kena banyak cari maklumat pasal perancangan kewangan la lepas ni. Kalau tiap-tiap bulan macam ni alamat tak menyimpan la aku. Sejak bertukar bidang ni aku tak dapat nak menyimpan lansung. Sekarang ni aku dah dilanda demam tupperwareAsyik membelek katalog tupperware dan berangan angan nak beli, ada yang dah terbeli pun.Semua nampak cantik semua nampak menarik. Ini serius! Perlu cari bahan bacaan tentang perancangan kewangan!
Ini contoh tupperware yang sangat menarik hati itew!

Thursday, 18 March 2010

Masa Itu Gold!

Posted by Hajar Ishak 0 comments
Sudah lama x menconteng conteng blog ni. Mood nak ber blogging dah hilang dek kerana keja yang melambak. So, bila ada masa free asyik bermalas malasan. Semalam saya melompat lompat menggunakan mouse untuk melawat blog orang lain.Jadi rasa teringat balik pada blog saya yang bersawang ni. A lots of thing to do dalam masa yang sangat singkat. Kadang - kadang rasa nak suruh masa cepat berjalan. Kadang- kadang rasa nak suruh masa berhenti sekejap..huuuhh..macam macam permintaan merepek dalam kepala otak.

Thursday, 4 February 2010

Mantop lagi!

Posted by Hajar Ishak 0 comments
Am goin' to 'Kursus Pemantapan' tomorrow.It's an annual event.

                              Venue : Sungkai,Perak (Trolak)
                               Duration : 3days 2nights
                               Program : Teramat la padat
                               Preparation : Be ready to get exhausted
                               Feeling : Not Happy
                               Action to overcome the feeling : Apply for Annual Leave! 

Bertolak ke kursus dengan doa dan harapan agar diriku dapat bertahan!

Friday, 6 November 2009

It's Friday..

Posted by Hajar Ishak 0 comments
Friday..shoud be my favourite day,sbb esok dah weekend kan?
tp..hari ni..pagi2 aku dah terpaksa mengharung jammed time nak datang keja.Ada eksiden(keta waja and van),so sampai agak lewat ke office.Huhh..spoiled my day kan?sampai office,turned on PC,tp PC plak buat hal.Kena restart berkali-kali.Sangat menyakitkan hati.Huhhh..life..life..

Friday, 30 October 2009

Coke Contour Glasses

Posted by Hajar Ishak 0 comments
Kegilaan ku terhadap gelas coke dah menyebabkan aku asyik singgah Mc Donalds walaupun x rasa mcm nak makan McD.Setakat ni baru ada 5 gelas.2 kat opis,3 kat rumah.Agak agak sempat tak nak kumpul sedozen?hmmm..gelas tu sangat menarik hati sampai aku asyik ternampak nampak ja gelas tu.hehehe..

Hopefully,aku akan sempat kumpul sebelum out of stock.
 

My Little Pink Book Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal