Showing posts with label Vacation. Show all posts
Showing posts with label Vacation. Show all posts

Thursday, 11 April 2013

Family Gathering..

Posted by Hajar Ishak 0 comments
Hujung minggu lepas, family sebelah abah irfan planned nak buat BBQ tepi pantai Batu Feringghi. Bila tiba harinya, hujan turun sepanjang hari pulak. So, sebelah siang memang tak dapat nak ber BBQ. Cadangnya nak BBQ tepi pantai depan hotel ja, tapi bila dah malam hari, gelap gulita la pulak. Macam tak sanggup nak berkelah dalam gelap tu. So, penganjur a.k.a adik ipar aku dengan baik hati telah cari satu lagi chalet kat tepi pantai. Jadi dapat lah kami ber BBQ di tempat berbumbung sebab hujan still renyai-renyai lagi walaupun dah malam. Yang paling happy dalam trip ni mesti lah kanak - kanak bawah umur tu. Jenuh jugak la nak control budak-budak ni. Alhamdulillah BBQ berjaya di jalankan dengan selamat sampai aku tak sempat nak snap gambar makanan tu semua.

Irfan mandi manda swimming pool dengan cousins
Main pasir on Sunday Morning!
Gempur Tesco masa lunch..
Abah bawak Irfan horse riding
Seronok sangat family gathering ni. Tapi aku tak snap gambar bilik hotel yang kami stay tu,sebijik macam ni la rupa biliknya. Gambar ni di ambil dari website Bayview Beach Hotel

Family Suite

           
Ada dua bilik dalam family suite ni..  




Tuesday, 15 January 2013

Jalan-jalan @Cameron Highlands

Posted by Hajar Ishak 2 comments
Bulan December lepas, kami ke Cameron Highlands. Sengaja pi bercuti? Pastinya TIDAK... Abah Irfan ada bengkel 3 hari di sana, dan dia dibenarkan angkut family, aku pun dengan hati terbuka, angkut la mak dengan ayah aku sekali. Bukan apa, jarang-jarang sangat mak dengan ayah dapat bercuti, ni memang kesempatan terbaik la memandangkan duit minyak + tol + penginapan di tanggung sepenuhnya oleh company.
Ini kali kedua Irfan ke Cameron Highlands, kali pertama nya masa umur dia 5 bulan rasanya.
Kali ni kami angkut sekali anak sedara aku, Izz Airyl join kami ke sana. Yang sebenarnya, Izz balik Penang sebab nak duduk rumah tok dengan tokwan, mama dengan ayah dia tak ikut sama.
So, bila Izz dah ke Cameron, kena la abang ipar aku bawak kakak aku  ke Cameron sama-sama bercuti dengan kami, lepas tu boleh la Izz ikut ayah dengan mama balik ke KL. Best kan?
Irfan + Ummi +  Adik Baby(dalam perut)

Irfan +  Tok + Maksu +Tok Wan + Abang Izz

Strawberry..yummy..

Irfan dan Tok

Budak 2 orang ni macam adik beradik kan?

 ** gambar orang yang menghadiri bengkel tiada kerana sibuk berbengkel sementara keluarga dia bersuka ria..hehe..**

Monday, 26 November 2012

Anyohaseyo!

Posted by Hajar Ishak 0 comments
Kami baru balik dari trip 8 hari ke South Korea.
Masa kami sampai, masih autumn, tapi bila dekat nak balik, winter datang menjelma.
Sejuknya la haiiiii..
Si budak Irfan tu plak, dapat rashes kat pipi after a few days kat sana, kesian budak tu.
What can i say about Korea?
  1. Negara dia sangat cantik
  2. Toilet kat sana memang sangat memuaskan hati, walaupun tak ada paip air, tapi memang bersih.
  3. They love kids soooo much.
  4. Kebanyakan peniaga dia tak fasih berbahasa Inggeris.
  5. Banyak sajian seafood kat korea, tapi tekak aku tak berapa nak boleh terima rasa dia.
  6. Orang -orang kat sana ramah tamah, main cakap je bahasa korea dengan kita, bajet kita faham.

Ok, jom layan gambar!
Shopping Street near our hotel in Seoul.

Seongsan Sunrise Peak in Jeju Island

Nami Island - Winter Sonata Island

Harimau malaya tergolek di Nami Island

Our first snow experience, jadi kami sedikit jakun.

Irfan's new girlfriend yang super duper cute!

Lotte World Theme Park

Underground shopping mall in Jeju Island


Wednesday, 5 September 2012

Jalan-Jalan Zoo Negara

Posted by Hajar Ishak 0 comments
Sepatutnya abah irfan kena outstation ke KL masa Merdeka Holiday last week. Alang-alang dia nak ke KL, aku pun ambik cuti dan join abah irfan ke KL untuk beraya kat rumah kakak aku. Tapi bukan KL la sebenarnya, sebab rumah kakak aku tu, rumah dia dekat area Bandar Teknologi Kajang. Cuma kena melalui KL untuk ke Kajang tu. Kami spend masa cuti dengan menjadi tetamu open house dan bawak budak-budak ke Zoo Negara. Budak 2 orang tu seronok sakan dapat jumpa, kejap main sama-sama, kejap gaduh sama-sama sampai kami tak terlayan.
Bergurau senda dalam kereta (maaf gambar tak clear)
 Zoo negara ni nak masuk tak murah sangat bagi aku, untuk mykad holder, RM20 per adult dan untuk mykid holder,RM 6 per child (3-12 years). Mungkin expenses untuk maintenance zoo ni tinggi kot. Tapi yang baik nya, senior citizen dapat diskaun.
Izz excited tengok giraffe
Yang ni irfan plak yang excited

The elephant
Dalam zoo ni jugak ada tram ride service, kena bayar RM3 per adult untuk mykad holder. Dia akan ada satu stop centre. Lepas tu boleh naik balik dari situ untuk ke pintu masuk semula. Kami naik tram 1 round, pastu boleh pulak rasa tak puas melawat kawasan, kami berjalan balik pusing-pusing zoo tu. Untuk yang datang dengan kids, memang semua pun bawak stroller. Mana la nak larat budak tu nak jalan pusing satu zoo tu kan? Aku pun rasa macam nak semput, apatah lagi la budak-budak tu.
Si Irfan tengah leka tengok singa
'Cat' kata irfan..boleh la..ini big cat..
Bird
Izz pakai tiger head di depan surau

Zoo dah tutup pagar pun kami tak reti-reti nak balik..
 Irfan tak kenal banyak sangat binatang lagi, yang dia kenal cuma fish,bird dengan cat( harimau pun dia panggil cat ). Aku memang nak bawak Irfan melawat zoo lagi next time, yang pasti before his 3rd birthday sebab nak masuk free. Lepas umur 3 tahun dah nak kena bayar. Kedekut bebenor kan?haha..untuk details pasal zoo negara, boleh refer sini!

Thursday, 30 August 2012

The Beach

Posted by Hajar Ishak 0 comments
Kalau ikut plan asal, kami nak ke Pulau Pangkor untuk habiskan Aidilfitri punya holiday. Tapi sebab kereta masih kat klinik, kena cancelled cuti-cuti malaysia ke Pulau Pangkor.
Lagi pulak mak aku duk buat pesanan macam-macam kalau kami pi Pulau Pangkor tu, risau sangat dekat cucu dia, takut kami rendam lama sangat dalam air laut dan takut cucu dia berjemur tengah panas kat Pangkor tu. Bila kami tak jadi ke Pulau Pangkor, mak aku la orang yang paling bahagia.
Tapi sebab dah niat di hati nak kenalkan irfan dengan pantai, kami pun bawak gak dia ke Batu Feringghi. Ambik satu studio suite kat Rainbow Paradise Beach Resort. Siang lepak dekat pantai dan malamnya jalan-jalan ke Batu Feringghi Night Market.
Dia ni semua benda nak gigit tau..
Sebab this is Irfan's first time jumpa dengan pantai, dia tersangat la takut.
Alahaii hero ummi, nak berpeluk ja dengan abah dia. Dia takut bila dengar bunyi ombak. Lansung tak dapat rendam dia dalam air laut. Jalan atas pasir pantai pun dia tak nak. So, mesti ada next visit ke pantai sebab aku tak nak la anak aku takut laut. Nanti tak macho!
Macam anak kanggaroo kan?
Si dia yang takut
Sebab Irfan memang sungguh- sungguh tak nak berendam dalam air laut, kami pun bawak la dia ke swimming pool. Dekat situ boleh pulak dia berendam, siap tak mau naik lagi bila aku angkat dia dari pool tu. Kami come to conclusion, bahawasanya yang mengerikan anak aku adalah bunyi ombak, kalau dia dah biasa dengar mungkin dia dah tak takut. Abah Irfan pulak kept saying yang anak ni mengikut jejak langkah mak dia yang takut laut. Hopefully tak la, aku nak anak aku pandai berenang kat laut macam abah dia...soob..soob..
Muka berlagak sebab dapat main air

Friday, 24 August 2012

Botanical Garden Walk

Posted by Hajar Ishak 0 comments

Sempena cuti raya yang masih ada lagi 3 hari, kami pun memerah otak berfikir macam mana nak penuhkan aktiviti cuti lepas beraya sakan selama 5 hari. We decided to take Irfan berjalan melawat negeri sendiri. Kami bawak Irfan ke Botanical Garden Penang a.k.a Waterfall (orang kampung aku yang panggil ni). Kat situ banyak monyet berkeliaran tapi kuantiti monyet nampak macam berkurangan dari masa aku kecik kecik dulu. Kawasan taman tenang dan nyaman sebab banyak pokok. Ramai orang jogging kat situ sebab kawasan tu memang tak berapa panas. Jom layan gambar bercerita..
Budak kecik heran tengok monyet

Depan Botanical Garden


Si kecil yang seronok!

Rapid Penang no 10 dari Jetty ke Botanical Garden

Jualan pokok

Kedai dalam taman


Ada kereta panjang untuk pusing pusing


Pintu masuk Botanical Garden

Budak kena paksa posed

Tuesday, 3 July 2012

Vacation@Langkawi

Posted by Hajar Ishak 0 comments
Kami satu family baru balik dari Langkawi, walaupun hari sebelum ke Langkawi tu aku demam, Alhamdulillah, aku sempat sihat sebelum ke Langkawi. Abah Irfan sampai dah siap cakap tak payah pi, tapi aku rasa ralat kalau tak pi sebab adik ipar dan mak mertua dah ready tunggu kami kat airport masa tu. Ni first time Irfan naik kapal terbang, aku risau ja dia buat perangai dalam flight, tapi lega sangat sebab dia behave, lagipun perjalanan 15 minit ja, dia tak sempat nak rasa bosan pun.

Irfan first flight..
Hari pertama sampai langkawi, kami bagi budak kecik enjoy tengok underwater world.
Tengok anjing laut bersantai dalam air
Malam nya kami ronda-ronda shopping sampai pening..haha..Hari kedua, kami ke Galeri Perdana Tun M, Beras Terbakar+Batik Village dan Island Hopping. Dan seperti biasa sebelah malamnya kami shopping lagi.

Posing dulu
Irfan dan echa

Penat lah jalan, jom relax jap!
 
Tasik Dayang Bunting + Tengok Helang + Pantai Beras Basah = Island Hopping

Sebahagian ahli rombongan
Percubaan untuk bangun macam juara
Hari Ketiga kami shopping lagi sehingga luggage kami melebihi belian..haha..tapi nasib baik lebihan tu sikit ja. Seronok sangat shopping di Langkawi, aku sedang pasang angan-angan nak pi shopping kat sana lagi lepas aku duduk rumah sendiri nanti sebab nak beli pinggang mangkuk yang best.
Perjalanan balik ke Penang
 

My Little Pink Book Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal