Monday, 14 May 2012

Makan dan makan lagi

Posted by Hajar Ishak 0 comments
Hari sabtu lepas, bawak irfan ke Kepala Batas untuk makan kenduri one of his abah's friend. Seronok la si budak kecik tu jalan-jalan naik kereta. Makan kenduri sampai kenyang, siap ada laksa lagi.
Abah+Irfan dan Raja for the day

Lepas kenduri, nak bawak irfan p tidur kat rumah tok dia ,nak bagi jadi cucu soleh, rajin melawat tok nenek..hehehe..Sampai ja rumah mak mertua aku, adik ipar aku dah tunggu kat situ, nak ajak makan kat Telok Tempoyak.
Alahaiiii...nak kena masuk Penang balik la jadi nya. Tapi, makan punya pasal ditambah pulak dengan orang nak belanja, kami pun OK ja la. Tapi belum bertolak lagi si budak kecik Irfan dah tidur, kami usung jugak la.
Si kecik tidur lena.

Dah separuh jalan kami makan, baru dia bangun. Hari tu memang adalah hari makan sampai kenyang la.Gambar makanan tak sempat ambil. Tengok tengok dah licin dah.
3 abah dan 3 anak
Irfan muka massyaaamm sebab baru bangun tidur

Pukul 12 tengah malam baru kami sampai balik kat rumah mak mertua aku di Sungai Kechik. Seronok dapat lepak dengan family mertua sebab semua orang sempoi dan memang boleh buat geng, tp bukan geng bas sekolah yer..hehehe

Wednesday, 9 May 2012

His 1st Month Birthday - 16 June 2011

Posted by Hajar Ishak 0 comments

Tuesday, 8 May 2012

Pergi Over The Sea...

Posted by Hajar Ishak 0 comments
Last weekend, bawak si kecik irfan jalan jalan oversea..hehehe..seberang pulau ja kot..ke pulau jerejak ja sebenarnya. Sebab aku dah beli groupon voucher for 1 night stay dekat Jerejak Resort and Spa dah tarikh akhir kena guna voucher adalah by june 2012, kami pun meluangkan masa dah diri untuk kesana. Sekali sekala bercuti, tenangkan jiwa, ok la kan?
Kami bertolak lepas solat zohor, singgah Mc Donalds Sungai Dua kejap untuk beli makanan petang sebagai bekal, dari review yang aku baca, memang outside food not allowed. Tapi kalau dah sampai kat pulau tu, mesti tak banyak pilihan gerai makan, sebab pulau jerejak ni kecik ja. So, kami decide untuk beli dah sorok dalam beg baju.
Sampai kat jeti, tunggu sekejap ja, bot dah sampai, this is the first time si kecik irfan naik bot, makanya, dia sedikit gementar..umi pun gementar jugak..so, tak boleh nak amik gambar sebab dia sibuk nak peluk umi dengan abah. Dalam 10-15 minit naik bot, kami sampai ke jeti pulau jerejak, jalan nak ke resort agak jauh, berpeluh ketiak jugak la, dengan nak kena kendong irfan lagi. Menyesal tak bawak stroller. Proses Check In agak effisyen, cepat dan mudah, kena bayar refundable deposit RM50. Dapat welcome drink, tapi kena jalan sendiri pi minum kat cafe Santapan.
Irfan fokus pada straw welcome drink tu

Kami dapat bilik tingkat 1, so kena memanjat tangga untuk ke bilik.
Area lobi tingkat bawah

Bilik agak selesa keluasan nya, tapi curtain dan blanket sedikit berhabuk, sampai aku nak kena selsema di buatnya. Bila check kat Bathroom, ada 1 ja towel bersih. Kami ada call mintak lagi 1 towel tapi tak di hantar,sampai ke esokkan hari pun, towel tu tak sampai sampai jugak.
Model tilam
 
Lepas makan bekalan, Irfan dgn abah irfan tido, umi bosan sorang sorang, jenguk kat luar tingkap nampak ada wall climbing punya facilities. Pulau Jerejak ni sesuai untuk orang yang suka aktiviti outdoor sebab ada jungle trekking, cycling, wall climbing, jambatan gantung dan aktiviti2 lain. Memang sesuai untuk team building. Boleh juga jalan jalan melawat historical building tapi kena ada minimum 5 orang untuk pi, so, family kami tak layak ler. Lepas Irfan bangun, kami keluar jalan-jalan dan melawat kawasan.
Naik jongkang jongket dengan muka baru bangun tido
Posed kat gelongsor, naik main tak reti lagi.
Refleksiologi Walk
Sunset, tapi ada awan lindung matahari
Sunset baby
The pool

Lepas maghrib, kami jalan jalan cari dinner, dinner kat resort ni memang tak banyak pilihan, tapi sebab lapar, kami makan jugak kat situ. Sajian dinner adalah secara buffet, Bila dibanding kan menu dan harga, memang sedikit mahal. Menu buffet yang kos nya RM38 sorang :
  1. Nasi
  2. Keow teow goreng yang plain
  3. Ayam masak kicap pedas
  4. Daging kambing masak rempah
  5. Taugeh goreng
  6. Spageti (yang keras)'
  7. Sausage
  8. Apple ijau campur mayonis
  9. Dessert - beberapa jenis agar agar yang simple
  10. Minuman 

Malamnya tak ada aktiviti, just jalan jalan dan lepak lepak.
Lepak tepi swimming pool

Esok harinya, kami turun breakfast around 9 pagi. Pilihan buffet breakfast adalagh lebih banyak dari pilihan buffet dinner yer. Tapi sebab breakfast ni complimentary sekali dengan pakej groupon, kami tak perlu bayar extra charges la.

Lepas makan, bawak irfan jalan2 sikit, masuk kids room. Tengok mainan macam takut nak bagi irfan main, di ragui kebersihannya..hehehe..
Pukul 1130 kami check out, dan pkul 1230 naik bot balik ke Pulau Pinang dari Pulau Jerejak.
Penumpang tunggu bot.
Si kecik tido dalam bot on the way nak balik.

Itu lah saja perjalanan oversea kami. Gambar sedikit tak berkualiti atas alasan bukan DSLR dan photographer nya tidak bertauliah.


Sunday, 6 May 2012

Irfan dan Pasta

Posted by Hajar Ishak 0 comments
First time buat pasta untuk irfan, 1st suapan dan 2nd suapan, dia makan macam sedap ja. Lepas tu mula la buat hal, tutup mulut rapat2 sebab tak nak makan dah. Jenuh duk suruh dia nganga, tapi mission failed, so terbukti dengan nyata, tekak anak saya bukan selera western food buat masa sekarang. Dah tu, pandai buat buat nak muntah pulak bila kita paksa dia makan jugak. Banyak akaiiii..
Dah nak suap sendiri pulak..

Asyik mencedok tapi tak suap ke mulut pun

Pasta!

Friday, 4 May 2012

Teratak Sewa

Posted by Hajar Ishak 0 comments
Sejak February 2012,kami dah start menyewa dalam island,makanya aku dan irfan tidak lagi meredah penang bridge untuk ke USM. Nursery irfan memang kat dalam USM ja. Kami decide untuk menyewa dekat Gambier Heights Penang,yang distance nya only 5 minutes driving to reach USM. Bahagia betul rasa bila office dekat dengan rumah, tapi kami tetap rindu rumah dekat Sungai Bakap tu. Rindu kat pekan kecik yang best sangat. Rindu dekat 'Kot char keow teow' yang best kat situ. And most of all rindu kat rumah teres yang tak payah naik lif untuk masuk dalam rumah. Rumah sewa kami ni tingkat 20, jenuh jugak tunggu lif nak sampai atas kayangan tu.
View Dari Dalam Lif


Balcony ni boleh nampak sunrise dan Penang Bridge

From our master bedroom, boleh nampak USM
Utilities area
3 bedrooms
Fridge antik, dah 27 tahun berbakti ni.
Irfan punya playing area
Ini dia ummi's little helper, selalu nak tolong check kabinet ummi.



Thursday, 3 May 2012

Ohhh HFMD...

Posted by Hajar Ishak 0 comments
Last 2 weeks, my baby was diagnosed with Hand, foot and mouth disease (HFMD). Tapi irfan kena yang very mild, he don't even have a fever.
Alhamdulillah, sekarang dia dah sembuh sepenuhnya.
Mulanya i thought it was a normal rashes, sebab irfan tak dapat demam dan tak merengek pun. Cuma ada satu malam tu, dia tak boleh tidur, dia meragam sikit, tapi bila aku check suhu badan dia, normal dan tak demam, jadi aku pun tak anggap benda tu serius. Keesokkan hari, lepas ambil irfan dari nursery, aku perasan ada rashes yang berlepuh pada tangan dan lutut dia, tapi tak banyak. Esoknya memang irfan tak ke nursery sebab ada mak aku yang nak tolong jaga dia kat rumah.

2 biji kecik yang naik pada tapak tangan

Aku masih ingat itu normal rashes dan just sapu calamine lotion untuk hilangkan rashes tu. Then, after get back from work on the next day, aku try belek dalam mulut dia. Sekali bukak ja mulut dia, dah nampak ada macam ulser dalam mulut.
Aku mula rasa takut dan terus ajak mak aku bawak dia ke Toong Children Specialist.
The doctor confirmed that my baby already infected witd HFMD, waktu tu rasa takut yang teramat sangat . But the doctor explaination did calm me down, ada a few facts yang aku take note :
  1. Mesti jaga kebersihan, always wash your hands and your baby hands.
  2. Jangkitan ni merebak melalui cecair seperti air liur dan najis.
  3. Ulser dalam mulut akan hilang dalam masa 7 hari.
  4. Rashes pada kaki ,tangan dan bahagian lampin akan hilang dalam masa 10 hari.
  5. Kuman tersebut akan berada dalam najis bayi selama lebih kurang 3 bulan, jadi kebersihan sangat penting, mesti basuh tangan bersih2 lepas cuci poo poo baby.
  6. Bayi adalah selamat sepenuhnya untuk ke nursery selepas semua ruam pada badan hilang.
Doktor tak bagi antibiotik pun, sebab memang dia akan baik sendiri. Kebetulan hari tu abah irfan kena outstation, actually dah 3 hari abah irfan tak ada kat rumah masa tu. Cuma ada mak aku yang teman kami dan kebetulan malam tu memang mak aku dah plan nak balik rumah dia dah. So, malam tu tinggal la kami berdua mengharungi HFMD.Tapi Alhamdulillah, irfan kena yang very mild dan dia sangat cepat recover. Ulser dalam mulut dia hilang dalam masa 1 hari, lepas letak ubat titik yang doktor bagi tu, he did recover faster. Ruam pada badan hilang dalam masa 7 hari jugak la. So, irfan memang tidak ke nursery dalam masa hampir 2 minggu untuk elak jangkitan pada baby lain.
rashes pada lutut selepas di sapu ubat

Walaupun irfan mendapat dugaan ni, aku tetap bersyukur pada ALLAH kerana irfan sembuh dengan cepat.

Dan ini irfan yang sedang di grooming oleh abah irfan..hehehe..1st time kuku irfan di potong waktu dia tengah berjaga, selalu nya ummi dia potong waktu tido sahaja. Irfan duduk diam ja tengok kuku dia dipotong. Dah besar rupanya anak ummi ni. 




Wednesday, 2 May 2012

I'm back!

Posted by Hajar Ishak 0 comments
After a while, tetiba rasa macam nak update balik blog, lepas dapat inspirasi daripada ibu khalish yang rajin update blog dia. Rasa nak ber blogging balik sebab nak simpan semua memory dalam membesarkan my baby son.
Sepanjang aku menghilangkan diri (cheeewaaahh), family kami dah expand dari berdua kepada bertiga.
Alhamdulilllah, we are so happy to have this baby with us selama nearly a year.
 Proudly present my sweet and soleh son, Muhammad Rais 'Irfan. He is 11 months and 2 weeks. He is our joy and pride. He is our treasure untuk di bawa sampai ke syurga, INSYAALLAH..
 

My Little Pink Book Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal